ADAM....SUFI.....IMAAN.......Mereka SEPI?

ADAM....SUFI.....IMAAN.......

Niat utama pi layan wayang bukan nak tgk crite2 sedeh, tp apa kan daya tiada crita yang agak menarik untuk ditonton.Maka, dengan tiada persepsi dan tanggapan untuk filem ini, akhirnya, buat pertama kalinya, inilah crite yg mmbuat seseorang menepuk tangan setelah menonton Filem Melayu yg Serius tamat.Sebuah crite garapan hebat Kabir Bhatia, lakonan mantap Afdlin Shauki, Eja, Nasha Aziz, Pierre Andre, Vanida Imran, Tony Yusof, dan lain-lainnya.


Kisah Kehidupan yang mungkin sekali diabaikan dan tidak diambil kisah, namun ianya terjadi.Setiap hari.Mencari jodoh bukan nya mudah, walaupun kita sentiasa dikelilingi dengan suasana perkahwinan.Perkahwinan orang lain.Bukan diri sendiri.Mengharapkan cinta insan lain, akhirnya pasrah.

Kadangkala, kita mengabaikan apa yang telah kita ada, dan terus mengejar apa yang belum pasti.Akhirnya bila mereka pergi, barulah ditangisi, disesali.Namun kita terus mengejar...atau berlari?Berlari ke arah sesuatu....atau berlari menjauhi sesuatu?

BISIKKU PADA BULAN
KEMBALIKAN TEMANKU.....KEKASIHKU...SYURGAKU..

TANPA DIA...
MALAM MENEMANIKU....
SEPI MEMELUKKU.....

BULAN...JANGAN BIARKAN SIANG.....
BIAR ALAM INI KELAM......
BIAR IA SEPI................................................SEPERTIKU..........

Cinta kadangkala pelik.Kerana sayangkan seseorang, kita mampu jadi gila.Gila bayang mungkin.Mungkin kita perlu melepaskan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik..dan nyata.

Sebuah cerita yang hebat.Lebih mantap dari cerita CINTA.

4/5 bintang untuk filem ini.TAHNIAH!!

Wajadiri Makin Hampir!

Selamat BERJAYA buat sahabat2 MMU Cyber di Pertandingan Wajadiri Peringkat IPT dan Sekolah di UTM, SKUDAI.

Sesungguhnya perjuangan sahabat2 sekalian mengharumkan nama Universiti, Persatuan dan Persilatan merupakan pengorbanan yang besar. Genggam erat2 kesungguhan anda, latihan anda dan berasa yakin untuk melakukan yang terbaik.

Bukan EMAS yang jadi taruhan tp kesetiaan kepada GURU menjadi sandaran.


Andai EMAS ditakdirkan untuk anda, maka tidak perlu risau kerana semua adalah milik-Nya. Jangan ada perasaan riak dan perbetulkan niat anda.Moga2 usaha dan kesungguhan sabahat2 terbalas dan kita buktikan di UTM nnti, MMU BOLEH!!

Ingat Pesanan Yang Mulia Ustaz Hanafi Haji Ahmad -

"Kita jangan cepat luntur dalam usaha mencapai matlamat perjuangan. Sekiranya kita tidak berjaya, anak kita akan mencapainya. Jika tidak, cucu kita akan mencapainya. Dan berusahalah bersungguh - sungguh serta bergantung hati kepada Allah S.W.T"




Akhir sekali, JOM LAYAN VIDEO SEPASANG TONGKAT EMAS MMU CYBERJAYA, moga menjadi pembakar semangat kepada anda semua.

SELAMAT MAJU JAYA!!!



BLOGGGG CORRUPPPTEDDD!!!

same as The Goverment!!(oppsss!!)

Satria Gelap

Do we need a hero to save our life?

Or, are we the hero within ourself, to save our own life?

Maybe what we need is only motivation.

Motivation that being derived from another hero , so we can be the hero by that so-called Motivation.

Anyway..........

One for All, All for One

One for All, All for One

What is this slogan?Where is it coming from?Three musketeers?Maybe.
Any significant with our country?Maybe.
Why?'They should become the One for All voices that cannot be heard.But, they just selfish and take whatever they want from All.
The new approach to the old slogan?Maybe.Definetely.

No more the Honorable Three Musketeer.Only come the Perompak Masyarakat.

Silap Langkah?

Silap langkah…

Posted: 15 Jul 2008 11:55 PM CDT

Ok, kali ini nak cerita sedikit perihal ekonomi negara kita. Sejak kebelakangan ini, saya melihat dan berpendapat, kerjaan telah banyak mengambil langkah yang silap di dalam menguruskan dan menjaga ekonomi negara.

1) Kenaikan harga minyak secara mendadak.

Hasil menonton perdebatan minyak antara Dato Seri Anwar dengan Datuk Ahmad Shabery Cheek yang ditayangkan di TV9 semalam, saya percaya, harga minyak sebenarnya boleh dinaikkan secara peringkat demi peringkat dan bukannya secara mendadak. Seperti pengurusan kewangan peribadi, kerajaan juga mempunyai dana kecemasannya. Jadi, pada waktu-waktu begini, apa salahnya menggunakan dana kecemasan tersebut “sedikit” (bukan semua) untuk membolehkan kenaikan harga minyak dilakukan secara peringkat demi peringkat. Isu yang ingin ditekankan disini ialah mengapa harga minyak dinaikan secara mendadak? Mengapa tidak dinaikan secara berperingkat? BUKANnya tak kasi langsung naik harga minyak..
Satu perkara yang saya kira agak lucu yang diperkatakan oleh Datuk Ahmad Shabery Cheek semalam ialah, berkenaan “menaikan harga minyak untuk mengurangkan kadar inflasi”. Aduh! Macam Datuk Seri Anwar kata.. “teori ekonomi mana diorang pakai nie?”.. minyak adalah keperluan asas.. jika minyak naik.. maka inflasi akan turut naik.
Konon-kononnya, duit yang tidak digunakan untuk subsidi minyak itu akan digunakan untuk subsidi makanan, subsidi pada makanan? Saya tidak nampak.. yang saya nampak, beras tempatan sudah tidak ada di pasaraya , yang ada hanya beras import yang lebih mahal. Inikah yang dikatakan subsidi makanan?
Menteri-menteri tak pernah beli ikan mahupun beras di pasar.. jadi, mereka tidak nampak realiti sebenar. Kononnya kadar inflasi negara hanya 6%, hakikatnya.. ia lebih dari itu. Jika nasi lemak dulu RM1.50 sekarang sudah RM2.00 , ianya 30%.. bukannya 6%..
Ringkasnya, menaikkan harga minyak secara mendadak adalah satu kesilapan yang dilakukan oleh kerajaan.

2) Cadangan 2 gaji sebulan

Ini adalah cadangan yang paling bo*tut* yang pernah saya dengar dikeluarkan oleh pak menteri.. dengan kenaikan kadar inflasi yang mendadak secara tiba-tiba (berpunca dari kenaikan harga minyak) , rakyat perlukan lebih banyak WANG untuk menyara sara hidup, bukannya lebih KERAP. Bayaran gaji 2 kali sebulan hanya akan lebih mengkucar-kacirkan pengurusan kewangan keluarga. Nasib baik idea bo”tut” ini tidak menjadi.

3) Memanjangkan tempoh pinjaman perumahan.

Pihak kerajaan telah berbincang dengan pihak bank, agar kadar bayaran bulanan pinjaman perumahan dapat dikurangkan, dengan cara, memanjangkan tempoh bayaran balik pinjaman. Fuh! memang satu lagi langkah silap dilakukan oleh kerajaan. Kadang-kadang saya tertanya, siapakah penasihat ekonomi negara dan mengapa beliau ini terlalu “bo*tut*” kewangan. Ini adalah perkara basic dalam pengurusan hutang. Memanjangkan lagi tempoh pinjaman, sebenarnya akan menyebabkan jumlah hutang itu bertambah banyak (walaupun bayaran bulanan kurang, kurang sikit je.. bukan banyak pun!),.
Jika beli rumah RM100,00 , dan bayar semula dalam masa 20 tahun, anda perlu bayar RM220,000 untuk langsaikan hutang tersebut. Tetapi jika tempoh permbayaran tersebut dilanjutkan sehingga 30 tahun, bermakna anda perlu bayar sebanyak RM280,000 untuk melangsaikan hutang rumah itu (kiraan berdasarkan kadar interest 6%). Jadi, dimananya yang kurang? ianya hanya akan menyebabkan rakyat lebih terperangkap dalam hutang dan seterusnya akan menyebabkan ekonomi rakyat terus merana. Sekaligus merencat pertumbuhan ekonomi negara.Hmm.. entahla.. apa nak jadi pun tak tahula.. rosak negara macam nie..

Petikan dari: http://www.mohdsuhaimy.com/2008/07/16/silap-langkah/

Let Bowl!! ehhh We are the Winner??

Congratz to Phase Lock Lost Team - 2G&3G EIS from Motorola.We have done a veryy GGGGGoooooDDD JJJJoooobbbbb!!(as pronounce by Mr Hancock!).Gile tak sangka jd Juara.huhuhu...thnx to ur striker,Chow! and to our fellow longkang guy, ME!hahahah!


(click to enlarge)
Source:Manpower Newsletter Q2 2008

Mane Gajiku Hilang??

Satu Rintihan Seorang Insan.......

Fixed Expenditure
Rental = RM260
Study Loan =RM450
Car Loan=Rm420
Parent=RM200
TOTAL=RM1330


Future Plan Expenditure
Saving/Emergency=RM200
Insurance=RM170+RM86=RM256
TOTAL=RM456


Monthly Expenditure

Phone Bill=RM100
TnGO=Rm100
Parking=RM60
Fitness=RM155
Petrol=RM350/2(share)=RM 175
F&B=RM12x30=RM360
Entertainment=RM100
Shopping=none
TOTAL=RM 1050

GRAND TOTAL=RM2836(exceeding the salary received)

So, the conclusion is.............................................................................
1)prioritize your need.
2)Cut off whatever expenditure that is not important, as for now;
- no saving to cope with monthly expenditure
- freeze Fitness acct.(Pay only 20%=Rm31 rather than RM155)
- no entertainment expenditure
3)TRY TO DO PART TIME JOB, FIND NEW JOB THAT OFFER HIGHER SALARY OR ANYTHING OR EVERYTHING TO GAIN EXTRA CASH TO COPE WITH CURRENT INFLATION RATE!!





Bile nak kawen??aderh~~

Relex...laaaaaa......~~~~

(Click to Enlarge)

Source: Fitness First Newsletter, July 2008

Fikiran ku negatif kah?

===================================
TIP PILIHAN: MUDAHNYA BERFIKIR NEGATIF
===================================
Sekiranya minda kita dipenuhi dengan terlalu banyak perkara
negatif, kita akan memupuk tabiat berfikiran negatif. Sehingga
pemikiran negatif, menjadi dominan dan membahayakan diri.


Contohnya, kalau kita terdengar kawan kita kata:
"Eh, ko tau tak kat muzium ada si polan ni nak duduk dalam sangkar
dengan 200 ular berbisa selama satu minggu"
Selalunya apa yang kita fikirkan? Sering kali negatif:
1) Kerja gila si polan tu, kena patuk ular, terus gol... baru dia tau
(dah gol, nak tau apa lagi ye tak?)
2) Takde kerja si polan tu, nak cari publisiti murah!
3) Buang masa je, baik buat benda lain yang berfaedah & tak bahaya!


Betul kan? Ini kerana zaman ini, bila kita didedah dengan terlalu
banyak perkara negatif, maka, negatif lah dalam pemikiran kita. Ini
menjadikan berfikir negatif itu mudah. Sebabkan berfikir negatif
itu mudah, sebab itu banyak point-point yang negatif akan keluar
dulu dengan pantas.


Lawannya pula adalah berfikir positif. Kini, untuk berfikir positif
anda perlu usaha lebih sikit. Sebab ia menjadi sukar berfikir
positif. Mungkin anda fikir:
1) Wah, hebat si polan ni. Sudah tentu polan ni melalui latihan
minda dan fizikal yang amat tinggi nilainya!
2) Bagus juga si polan ni, silap-silap dapat masuk dalam Book of
World Records! Mari kita beri sokongan!
3) Kalau si polan boleh melakukan sesuatu yang luar biasa, aku pun
boleh juga! Ini satu inspirasi!
Setuju tak bahawa berfikir negatif adalah mudah dan berfikir
positif adalah susah?


Latihkan diri anda untuk berfikir positif setiap masa. Ia akan
memberi semangat dan motivasi yang hebat kepada diri anda sendiri.
Menurut buku "Secrets of Millionaire's Mind", pemikiran positif
adalah amat penting dalam mencapai kejayaan. Ia akan membuka lebih
banyak pintu rezeki dan membolehkan kita melihat peluang-peluang
yang ada di sekeliling kita.

-IK
Irfan Khairi

Surat Org Rombau Ntuk Pak Lah


Baru je dpt daripada Forwarded Email dari seorang kawan......agak menarik!Layan~
__________________________________________________________________

Sumo orang nogeri bacolah surat ni...

Memang kelakar la beb.....walaupun dah ada version BM KL tapi version negori nie yang menyeronokkan...sape2 ada email pak lah antar2 kan la.....biar dia tengok kamus baru paham sikit..... Saper yg x phm loghat negeri sembilan...blh la suruh org nogori yg tlg bacekan nie....lg best...slmt membaca....hehehe....
___________________________________________________________________

image from:(http://ambig.fotopages.com/?entry=283165)


kepado pak lah... PM paling sey sayang...I lap u.....

namo sey ni KARIM...pengundi bedaftar DUN CHOMBUNG, PARLIMEN ROMBAU...alaaaa tompek si KERY yg abah'eh JAMALUDIN tuuu...tak kona'???? menantu PAK LAH tu laaaaa....suko bona' sey ngan dio tu...ghaso nk buek menantu lak...

2.sey nulih surat ni bukan apo...sajo yor nk ucap'an timo kasih kek pak lah sobab naik'an hargo minyak ari tu.. lopeh ini bilo hargo minyak naik..hargo barang lain pun naik gak laaaa...banggo boto' sey ghaso...mcm duduk kek LAS VEGAS lak...HIDUP PAK LAH!!!!!!!

3.sey janji ngan pak lah yg sey akan ubah tebiat sey dari makan ikan kombung yg dah merah menyalo mato'eh & pocah bedorai porut ikan tu pado ikan koring yor... sey sanggup bekoban untuk UMNO dan bn.. anak sey yg 7 org tu yg dh buleh buek team futsal tu boleh la bekojo lopeh sekolah buek bantu mak ayah diorang ni haaa...kok tk b o kojo pun buleh la jadi mat rompit kek SENAWANG tu...dapek gak la duit sesikit...buleh gak la menoruskan tradisi keluargo sey ni yg nyokong UMNO dan bn

4.ghaso2 sey ni nk ubahsuai bilik bilik yg ado kek ghumah sey...nk buek tompek bolo ikan & tanam sayur cagho hidroponik (apo binchek'eh ni???) sey tepakso tanam kek dalam bilik sobab sey tingga' kek umah flat... rebet yg pak lah bagi kek sey memang melampuh2 lobeh'eh dari keperluan sey.. bilo sey congak2.. sey cumo guno 20 sen yor duit minyak moto sehari.. ado la untung 21 sen...bak kato si SAIDA AF6 "ok la tuuuu" sey tak pakai pon keto... sobab bilo minyak naik hargo.. sey kono jual datsun kotak mancis sey tu.. dapek gak la duit....tokih2 pun ado la hasil'eh..

5.team futsal sey tu, sey nak suruh eksesais hari2 berjalan kaki tak pun naik beska' poie sekolah...ado la 5 km...dokek yor tuuuuu... walaupon gaji sey ni rm 1000..sbona'eh terlobih cukup untuk keluargo sey... buek permulaan nk ngubah kehidupan sey.. sey tak akan guno'an gulo bilo buek kopi... tak akan guno'an topung untuk buek kodok sey nak ganti'an bogheh ngan ubi... tiap hari sey ngan keluargo akan berposo (kecuali pado hari hari yg dilarang beposo)

6.sey akan buek minyak masak sendiri itu antaro caro sey ngubah caro hidup.. ade banyak laie caro semuo kerano UMNO dan bn... dan sey mintak bona' pak lah naik'an laie hargo minyak yg ado.. bukan tu yorrr.. sey mintak bona' naik'an laie hargo tol sobab org sbolah rumah sey nih org pembangkang...dio slalu guno highway, biar padan muko dio...tu la...suko bona' nyokong pembangkang...PAKATAN RAKYAT konon...palo hayah dio tu...

7.nnt pak lah buleh la melawat sey dan sedokah pado sey solai kain pelikat bilo dh nak dokek2 pilihanrayo nanti... insyaallah kain pelikat tu sey nk bubuh dlm frame dahtu gantung kek rumah... tapi jangan lupo lak.. pak lah sain otogeraf yor kek kain tu.... jgn lupo pak lah.. naik'an laie hargo minyak.. jgn la diturun'an gaji mentori2 tuuu..siannn diorang...kang apo lak anak bini'eh nk mentodarah....tak dapek pulak nak menyopping sakan kek obe sea tuh... sey totap nyokong pak lah..

akhir kato biar pak lah sonang, janji kami papo kedano.. hidup UMNO, hidup bn.. sekian timo kasih.. ps/ sampai'an salam sey kek si KERY samo PATRICK BADAWI tu yor..tak lupo gak tuan punyo syarikat SCOMI...sapo tah namo'eh...lupo lak...


pocah kaco, pocah golas, dah baco, harap baleh.

A Confius Citizen....Confuse actually...

Sejak akhir2 ini terlampau byk agenda politik yg bisa mengganggu gugat kedaulatan negara kita.Usahlah diratapi tentang harga kenaikan minyak, kerana apa yang dijangka berlaku telah pun berlaku.Nak memprotes sana sini pasti ada halangan.Dimanakah rakyat ingin salurkan pandangan dan perasaan mereka untuk didengari oleh 'org di atas sana'?Mereka sedang sibuk bersandiwara dan bergurau senda ibarat sedang menikmati malam pertama.


Bosan dengan ungkapan 'Ubah Gaya Hidup?'.Kalau dah begitu gaya hidup rakyat bagaimana mahu diubah lagi.Kalau ada rakyat yang hidup serba menderita, bagaimana mahu diubah lagi?Perlukah mereka mula mencari altenatif untuk memakan batu-batu dijalan raya untuk dijadikan nasi dan membakar kayu2 rumah untuk dijadikan lauk??


Rakyat yang miskin tidak perlu risau tentang kenaikan harga minyak.Kerana apa?Kerana mereka bukan berkereta,, bermotosikal.Tetapi itu hanya berlaku jika dan hanya jika harga minyak tidak memulakan 'pesta inflasi' di dalam negara.Dengan kadar hidup yang begitu sengsara apakah altenatif kita sebagai rakyat untuk membantu yang lebih memerlukan?Kalau mengharapkan 'org di sana', masihkan ada pembelaan yang sewajarnya?


Cerita Cerekarama dan Spektra hangat menguasai dada2 akhbar.Seorang mengatakan ini, seorang mengatakan itu.Masing2 mahu menegakkan 'benang yang basah'.Mempertahankan maruah masing2 dengan cara menjatuhkan maruah orang lain.Mungkin ini politikus gaya baru?atau mungkin mmg ini politik sejak azali.Kami rakyat tidak mengetahui.Hanya diperbodohkan dengan dakyah2 dan propaganda perebutan kuasa.


Apakah salah kami sebagai rakyat sehingga kami tidak dibela dengan sewajarnya?Apakah perlu berperang untuk merebut jawatan dan kuasa dan membiarkan amanah Tuhan ini diperkotak katikan.Bukankah "Dari Rakyat Kepada Rakyat' pernah diwar-warkan dahulu.Adakah tidak wujud lagi masyarakat Malaysia yang lainnya, yang tinggal cuma mereka2 yang 'bersandiwara' ini?Dimanakah Bangsa Malaysia?Dimanakah Malaysia?Dimana?


Cuma coretan dan luahan seorang rakyat yang keliru.........................(dot).

RM10K Sebulan Secara Online? Karutlah!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Pernahkah anda tertanya-tanya pada diri anda, rakan-rakan online anda
dan
pakar-pakar IM mengenai persoalan benarkah anda boleh membuat RM10K
sebulan
secara online melalui perniagaan internet?
Pernahkah anda
tertanya-tanya kepada mereka yang sudah berjaya dalam perniagaan internet ini
mengenai bagaimanakah cara yang mereka gunakan beserta tips untuk mendapatkan
lebih RM10K sebulan untuk perniagaan mereka?
Pernahkah anda tercari-cari
seseorang yang pakar dan berjaya yang boleh membantu anda sampai berjaya untuk
mendapatkan RM10K sebulan melalui perniagaan internet?


Jika anda mempunyai persoalan seperti di atas, Tahniah diucapkan kerana anda telah berada di tempat yang betul untuk menjelaskan kekeliruan serta persoalan yang bermain di fikiran anda tersebut sejelas-jelasnya tanpa perlu berselindung!
Untuk persoalan "Benarkah anda boleh membuat RM10K sebulan secara online melalui perniagaan internet?" Percayalah bahawa ia sememangnya benar sebenar-benarnya bahawa anda boleh membuat RM10K sebulan secara online tanpa ragu-ragu. Tidak kiralah anda membuat perniagaan internet ataupun menjana wang melalui internet, untuk mendapatkan RM10K sebulan adalah tidak mustahil! Ramai IM di luar negara mampu membuat lebih USD10K (Bukan RM10K) setiap bulan secara online, malahan ada juga IM dari Malaysia yang mampu membuat lebih RM10K setiap bulan walaupun mereka hanya belasan tahun. Bukankah ia tidak mustahil untuk anda menjadi seperti mereka juga?

Buktinya, Adly Mukhtar atau lebih dikenali sebagai Labanon Flarebiz yang merupakan pengasas Team Flarebiz mendapat lebih RM10K untuk bulan Januari 2008 dengan perniagaan online beliau walaupun beliau pada ketika itu merupakan bekas pelajar SPM berusia 18 tahun yang sedang menunggu keputusan SPM. Beliau hanya melakukannya hanya di rumah beliau di Kelantan.

Jika anda bertanya bagaimanakah caranya untuk mendapat RM10K beserta tips-tips untuk berjaya seperti beliau serta anda memerlukan seseorang yang pakar untuk membantu anda, Tahniah anda berada di tempat yang betul dan pada masa yang betul..
Ini kerana Team Flarebiz telah mengumpulkan semua cara, teknik, tips dan sebagainya dalam satu e-book khas untuk membantu anda menghuraikan segala persoalan anda untuk menjana lebih RM10K sebulan melalui Perniagaan Internet anda sendiri. Bukan itu sahaja malahan mereka akan membimbing anda sehingga anda berjaya menjadi seperti mereka.


Memperkenalkan Sebuah E-Book Kontroversi Pakej Rahsia 10K Dalam Pakej Rahsia 10K Yang lengkap ini mengandungi:
- Ebook Rahsia 10k - Case Study (Bernilai RM97)
- Ebook Rahsia 10k - Praktikal (Bernilai RM67)
- Ebook Rahsia 10k - Plan 60 Hari (Bernilai RM37)
- Teleseminar Bersama Zamri Nanyan (Bernilai RM87)
- Interview Bersama 4 Orang Internet Marketer (Bernilai RM397)
- Video Tutorial Membuat Ebook (Bernilai RM47)
- Senarai Semak (Bernilai RM17)

Dapatkannya segera untuk mengubah nasib dan masa depan anda dalam perniagaan internet anda sekarang juga jika anda tidak mahu menyesal seumur hidup anda berada di takuk lama!
Dapatkan segera di http://www.rahsia10k.com/index.php?ref=aswad23 [+]

Sahabat online anda,

Panglimacyber

PS: Ramai orang masih dibuai angan-angan untuk menjana berjuta-juta USD kononnya melalui perniagaan internet sedangkan tidak tahu bagaimanakah caranya. Kini anda selangkah lebih ke hadapan kerana anda sudah menjumpai jalan untuk membantu anda menjadikan angan-angananda satu kenyataan. Bertindaklah sekarang juga!

Kenapa Payah nak update blog?

It has been a while that i've updated my blog. Actually for sometime, i really forgot that I have a blog for real.Bukan senang nak maintain blog keep running and updating.Mereka yg rajin mengupdate blog masing2 adalah mereka yang mempunyai sikap konsistensi dan bukan hangat2 'chicken shit'.Keep on the good work to all bloggers in Malaysia.

Why do the people blogging?

As for my opinion, 1st of all, blogging era have been in Malaysia for quite a while.So this trend should be follow by everyone that think he is in the same wave.If u not following the wave u'll be drown.If u follow the wave and yet u give up in the middle, u also will be drown.For those who are consistence and know when the wave will come and follow it without fail will know the real purpose of blogging.

Some of the blogger want their opinion to be heard and some want the heart to be heard.But most of all, they want to blog because everybody is blogging and why not they following them?So which side is yours?Mine is probably,.........the last one.huhuhuhu..


What keep people keep on blogging?

Have ever u asked any of your friend why do they keep on writing every month, every weeks or even every day?What motivate them to blog?any special reason?To express ur feeling?To let anybody know what ur interest is?or simply because of money?

Kenapa payah nak update blog(back to track....:P)?

Satu, sebab blogging nak suka2 je.So bile tak suke tak blogging la.Tp tiada masalah disitu sbb bukan kena bayar pon nak blogging.Kalau kena bayar maybe pikir2 jugak la..

Dua, takda masa.cam biasa la alasan common yg diberikan.Bila masa yg sesuai untuk update blog?Adakah nak update blog btul2 memerlukan masa yg sesusai, tiada kerja lain yg dilakukan dan 100% blog semata2 baru kite bloleh ber'blogging'?

Tiga, aper nak update nie?Idea dah takder...Ha tu la masalah utama.Sbb aper takder idea?Sbb antaranya time buat blog tiada focus blog tu untuk apa.Untuk luahan perasaan ker?untuk business ker?untuk perkongsian informasi atau bagaimana?

Kesimpulannya......

Kalau rajin jom la update blog.(Pesanan ntuk diri sendiri)......huhuhuh.....

Jom usha video nie...menarik beb!Layan~