| Bagaimana mencapai kebebasan kewangan? Posted: 13 Aug 2008 12:33 PM CDT Ramai orang yang ingin mencapai kebebasan kewangan, tetapi kebanyakkan tidak tahu bagaimana hendak melakukannya. Sebenarnya, untuk mencapai kebebasan kewangan adalah mudah, anda hanya perlu melakukan 3 langkah berikut. Sebelum itu, kita semak dulu, apa maskud bebas kewangan? Ok! mari kita lihat 3 langkah bagaimana mencapai kebebasan kewangan! 1) Langsaikan semua hutang anda (keluar dari cengkaman hutang) Langkah pertama adalah dengan menyenaraikan kesemua hutang anda. Hutang kereta, kad kredit, ptptn, rumah, mamak, kawan-kawan, court mammoth dan sebagainya. Senaraikan hutang anda mengikut urutan yang mana yang paling sedikit sebagai hutang no 1. Tuliskan juga, berpakah jumlah minimum yang perlu anda bayar untuk setiap hutang anda.. contohnya, 1) Kad kredit (RM5000)… RM250 sebulan Wah! banyak betul hutang anda rupanya (baru perasan). Jadi, langkah pertama.. pasang tekad di dalam diri anda terlebih dahulu untuk tidak menambah lagi hutang yang sedia ada, dan juga, bertekad untuk melangsaikan kesemua hutang anda. Oleh itu, pada penghujung setiap bulan, peruntukan duit yang lebih sedikit untuk membayar hutang-hutang anda, mungkin sebanyak RM2,500. Apa yang perlu anda lakukan, bayar kesemua hutang anda dengan jumlah minimum, tetapi untuk hutang no 1 (kad kredit) , sila bayar lebih (RM300).. bermakna, anda membayar sebanyak RM550 pada hutang kad kredit anda. Dengan cara ini, dalam masa 10-11 bulan, anda akan dapat menghapuskan satu hutang anda. Selepas hutang kad kredit terhapus, gunakan duit yang lebih itu untuk membayar hutang PTPTN anda pula, (kini anda membayar sebanyak RM700 untuk hutang ptptn anda). Dalam masa 2 tahun, anda akan berjaya menghapuskan hutang PTPTN anda. Kemudian, setelah berjaya menghapuskan hutang PTPTPN dalam hidup anda, duit lebih itu, anda gunakan pula untuk bayar kereta anda, dan dalam masa 1 tahun setengah, anda akan berjaya melangsaikan hutang kereta anda. Kini tinggal hutang rumah sahaja.. gunakan peruntukan sebanyak RM2,500 tadi untuk membayar hutang rumah anda, insyallah, dalam masa 5 tahun, anda akan berjaya melangsaikan hutang rumah anda. Wah!.. jika dikira kesemuanya, anda akan berjaya melangsaikan kesemua hutang anda sebanyak RM276,000 itu dalam masa 10 tahun sahaja. Not bad bukan? Jika usia anda kini 25 tahun.. pada usia 35 tahun, anda sudah bebas dari segala hutang! 2) Tambah pendapatan berulang “passive income” anda. Langkah seterusnya (langkah ini boleh dilakukan sewaktu anda masih lagi dalam proses membayar hutang) , ialah dengan mewujudkan “pendapatan berulang” dalam hidup anda. Pendapatan berulang ialah pendapatan yang anda perolehi setiap bulan walaupun anda tidak melakukan perkara/pekerjaan tersebut lagi. Contohnya, adalah seperti..
Apa yang menarik mengenai pendapatan berulang ini, ianya tidak terikat/bergantung kepada masa. Anda hanya perlu melakukannya sekali sahaja.. dan ia, akan terus-menerus memberikan wang kepada anda. 3) Awasi status kewangan anda setiap masa Langkah ketiga, selalulah menyemak status kewangan anda setiap bulan, beli benda-benda yang perlu sahaja dan beli ia secara tunai. Jangan sesekali berhutang dan menggunakan kad kredit (kad kredit hanya sesuai digunakan selepas anda sudah berjaya mencapai tahap kebebasan kewangan, sewaktu di dalam proses untuk mencapai kebebasan kewangan, anda tidak digalakkan menggunakan kad kredit). Percayalah.. dengan hanya melakukan 3 langkah ini, anda akan berjaya mencapai tahap kebebasan kewangan hanya dalam masa beberapa tahun sahaja! Hey! Ianya bukan teori tau… ianya adalah praktikal.. saya sudah berjaya melakukannya dan ianya hanya mengambil masa 3 tahun, saya pasti anda juga mampu melakukannya! Yosh! petikan dari: http://www.mohdsuhaimy.com/2008/08/13/bagaimana-mencapai-kebebasan-kewangan/ |

Jam 8pagi , Stesen LRT Salak Selatan.
Berjalan kaki dari rumah menuju ke Stesen LRT sudah memakan masa 7 minit walaupon jaraknya bukanlah sejauh mane.Yang membuatkan lewat adalah kereta2 dan motor2 dipersimpangan keluar Bandar Seri Permaisuri ke KL dan PJ.Kalau berkenderaan bermakna harus menunggu lebeh kurang 5-10 minit hanya untuk melepasi kawasan 'wajib jem' itu.haihh~.Tapi itu cerita kalau berkenderaan.Ini cerita Si Pengguna Pengangkutan Awam.
Berjalan melalui lorong2 susur gajah yg disiapkan, memayungi perjalanan sehingga sampai di Stesen LRT Salak Selatan.Org dah mula ramai.walau hakikatnya mmg org sentiasa ramai disitu, setiap masa.Tren tiba setiap 10 minit,mungkin.Setelah membayar tiket RM1.70 untuk ke Stesen Masjid Jamek, cepat2 menuju ke garisan kuning untuk menunggu tren.Kang kalau dok jauh sgt mau2 tak dpt naik lak tren nnti.Penuh macam sardin dlm tin.Cap A1.
8.18pagi.-Tren sampai.Rakyat Malaysia mmg tak reti beratur.Takut kalau beratur nnti tak sempat naik tren lak.Jom bersesak2.DEM! ada org raba aku.elehh pakcik ke.DEM! lagik.Gile sesak.Meh awek2 yang rendang2, ciumlah ketiak aku sebab pemegang nie tinggi sgt.Nak wat camne beb.Terima saja.
8.33pagi - Sampai kat Masjid Jamek.Keluar pon nak rebut2 ke?.Ye kot.Kang tutup lak pintu tren, puas nak berpatah balik.berduyun2 gak org kat sini.Objektif selanjutnya adalah menaiki tren PUTRA Masjid Jamek menuju ke Taman Jaya.Nak pi LRT Masjid Jamek kena lalu terowong.Bagus jugak susunannya.Keluar satu arah.Masuk satu arah.Bile dah ramai2 dah macam simulasi menunaikan Ibadat Sa'ei.Ramai gak yg berlari2 anak.Tp sayangnya, tiada penerapan untuk beribadat khas itu.Sebab pakaian semuanya miskin2 belaka.Aderh, goyah iman!.
8.45pagi-Stesen Masjid Jamek.Kat sini bagus.Rakyat Malaysia menunjukkan etika dan adab menaiki tren yang bagus.Mau taknya.Petugas2 PUTRA dah saipkan lane untuk beratur.Yang tak paham bahasa je main redah masuk tren.Pastu kena tempik ngn petugas PUTRA sbb tak reti beratur.Good Job Petugas PUTRA Masjid Jamek!.
8.57pagi-Sampai Stesen PUTRA Taman Jaya.Penamat kepada perjalanan dan kisah Si Pengguna Pengangkutan Awam.untuk hari itu.Balik belum cerita lagik.aderh~.
Konklusi:
Mane janji2 nak naiktaraf pengangkutan awam nie beb?Bile nak sampai satu tahap masa menunggu dan menaiki pengangkutan awam dpt dikurangkan atau tak perlu menunggu langsung.?Tren Peluru bile nak ada?(Bahaya gak kalau ada sbb rakyat Malaysia suka tido dlm tren, kang terlajak naya je.huhuh).
Sampai bila nak jadi begini?Berkejaran di pagi hari menunggu tren untuk mendapat sesuap nasi, atau membayar hutang?Makan gaji atau makan hutang.?
This is life....of what we called Rat Race.
Di dalam buku “Secret of Self Made Millionaires” tulisan Adam Khoo , ada menyatakan, salah satu sikap yang perlu ada untuk menjadi seorang jutawan adalah sikap “proactive”. Ia bermaksud, mengambil langkah awal ataupun bertindak terlebih dahulu.
Contoh paling mudah.. jika anda sedang duduk menunggu bas dan ternampak seorang awek cun.. anda perlulah menegur dan menjadi pihak pertama yang memulakan conversation bersama awek itu.. “Hai! sorang je?.. dah kahwin ke belum? uweeerkkk!..
Bukannya .. menunggu dan berharap awek itu berjalan di depan anda dan terseliuh.. kemudian, anda dengan machonya, akan cuba membantu. Berhentilah berharap…
Itu contoh dalam dunia percintaan.. mungkin boleh dipraktikan oleh mereka yang masih single. Untuk contoh dalam dunia perniagaan pula..
Jika anda menerima miss call sewaktu anda sedang sibuk dan tidak sempat menjawapnya. Anda perlulah telefon semula nombor “miss call” tersebut secepat mungkin. Bertanyakan, siapakah disana dan apakah yang boleh anda lakukan untuk membantu mereka? Mungkin ianya seorang “orang kaya” yang ingin menjadi pelanggan anda dan memberikan anda projek berjuta. Itu, sesuatu yang proaktif..
Tetapi, jika anda hanya menunggu dan berharap orang tersebut menelefon anda semula. Itu adalah suatu sikap yang tidak proaktif.
Begitu juga halnya jika anda menghadiri sesebuah seminar, perjumpaan, perhimpunan atau pun gathering. Anda boleh sahaja duduk di suatu sudut dan menunggu sesiapa di majlis tersebut datang kepada anda (tidak proaktif).. ataupun, anda boleh bergerak, menegur dan memulakan conversation dengan semua orang yang berada di majlis tersebut (proaktif).
Dengan cara itu,anda akan memperolehi lebih banyak kawan dan network kelak. Di dalam perniagaan.. network adalah salah satu komponen yang penting.. lebih besar network, lebih mudah untuk anda berjaya.. saya pasti anda sedar akan hakikat itu.
Yosh!
Petikan dari : http://www.mohdsuhaimy.com/




