T-a-g-g-e-d

Thnx to Bintie sbb tag.Alasannya mudah:
-Bern (supaye die de mende nk update kat blog die)...heheheh..nmpk sgt tak selau update yer....:P

Saya tak suka?

Tekanan yg melampau2....leh naik darah tinggi camnie....

Impian saya?
membina sebuah keluarga bahagia, bersama org yg tersayang.

Haiwan yg saya tak suka?
Cicak-man.

Saya harapkan?
Mendapat gaji yg besar!hahah

Jika boleh putarkan masa?
Nak study leklok....takyah nak bayo loan telekom...mmg amat membebankan...(padan muka)

Saya pada 10 tahun akan datang?

35 tahun?Seorang jutawan.Ada bisnes sendiri bersama isteri, bukak kedai dobi, kedai kek, basuh keter.
Telco services consultant - buat company supply manpower untuk vendor/operator.huhuhu.


Handphone saya adalah sebuah?

Sebuah mesin yg asik selalu rosak!!
Tapi bende yg amat perlu.Kepentingan sama cam mkn nasik!

Saya pernah bercinta sebanyak?
18juta kali.pada org yg sama.huhuhu

Saya suka pada?
Org yg berpikiran positif.

Kawan² saya?
Yg terbaik, sahabat suka duka.dah cam adik beradik.

Pernah dikhianati?
Tidak

Apa yg anda hendak lakukan terhadap org yg mengkhianati anda?
Buat baiklah kamu kepada semua org, jikalau kebaikan kamu itu dibalas jahat, ketahuilah bahawa kebaikanmu itu telah diangkat ke langit.


Senaraikan 6 org utk di tag:

1-saper je bace blog Dunia Jam 10 nie
2-6 org yg rajin wat tag.Sile kan la, jgn segan silu.

Indah

Hidup ini indah jika kita rasa ia indah....
Dugaan datang dan juga pergi...kerana kasih sayang-Nya..
Luar nampak tenang, tapi hati siapa yang tahu..
Moga hari2 mendatang menjadi lebih cerah.....bersama-sama.
Bersabarlah.


" Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorng Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan(keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin"

"Jika mereka berpaling(dari keimanan), maka katakanlah;' Cukup Allah bagiku, Tiada Tuhan selain Dia.Hanya kepada-Nya aku bertawakal, dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy yang Agung"


- at-Taubah:128-129

Cinema Cinema Cinema

Cinema Cinema Cinema
Dulu ada slot kat TV 2 kot gunakan tajuk Cinema Cinema Cinema...best gak layan.Review Filem baru dan lama.Dah lama pupus slot tu.mane leh lawan Dunia Jam 10.huhuh

Owhh..mau kasik update skit.Last Month Movie Update:

Jgn Pandang Belakang Congkak.
-crite best untuk melepaskan tensen....antara crite lawak seram yang terbaik setakat ini...walaupon ada lawak2 yang 'lame', tp still leh diterima akal.
-Pa per hal pon Liesa Surihani telah melegakan keseraman dan gelak tawa pada filem ini.Auwmm!!

Hantu Raya , Org Minyak dan Toyol and of course Liesa Surihani as Mustika

Star Trek The Movie
-sukar untuk menukar watak Sylar kepada Commander Spock.Tp kalau dah Hollywod nyer lakonan, takyah la nak disangkal kan.
-Overall crite nie mmg best dan menghiburkan.Jln crite pon takder sangkut paut sgt ngn series, so tak la lost kalau tak layan series lama nyer.
-From now on call me, Captain Bern T.Kirk...huhuhu.
Kalau naik Kapal USS Enterprise ni pon lmbt pi keje tak tau la...huuhuu

Angle and Demon.
-nak katerkan tak best, tak leh gak sbb Tom Hanks belakon.Tp tak segempak The Da Vinci Code.Crite pasal Illuminati anti-gereja dan penyelesaian misteri yang byk memaparkan sejarah Kristianity.Nice story but should be better.

Tom Hanks bergaya cam Bern


Monster VS Alien
-best!walaopon takleh nak lawan Madagascar(kalau ada movie lagik best dari ni mmg respek la) lawaknya leh tahan.Lawak bangang BOB ngn Dr Cockroaches PhD ada class.FYI , suara untuk Dr Coachroaches nie adalah Hugh Laurie(x kenal? Dr House kenal?House M.D?tak kenal gak?pi mati)

Peace ke Bumi kalau Mamat nie jd Hero?

Rase cam ada lagik Movie yang dilayan bulan lepas, tp tak ingt la.Dlm byk2 T4 ngn Night at the Museum gak tak tgk lagik..target lama dah tp tak sempat....Gile sampah.Kalau tak sempat terpaksa la donlod..Argh masa tak mencukupi!!

Bila anda malas...


Bila anda malas...
anda akan mudah rasa mengantuk.
Bila anda malas....
anda akan sentiasa berada diawang2an.
Bila anda malas...
Anda rasa anda org yang paling tak cukup tido kat dunia nie.....
Bila anda malas....
Anda rasa nak balik ke alam study...sbb takyah pi kelas dah ada org signkan attendance.
Bila anda malas..
Anda asik nak dok kat kerusi malas je.
Bila anda malas...
blog anda sentiasa ter"update' dgn post yang sama selama beberapa bulan.

Tapi...
Sampai bila anda mau malas?
Mau malas sampai mati?
atau dah mati pon masih nak malas?

p/s: peringatan untuk diri sendiri sebab dah lama tak update blog.

Mengadap di Istana?


Selesai sudah persembahan dan demonstrasi Silat di Istana Budaya sempena Pementasan Teater Hikayat Merong Mahawangsa.Thanx to Tapai and his fellow artist to invite us to this memorable event. Suatu kebanggaan dan kepuasan.Walaupon trening hanya 3 hari, Alhamdulillah semua berjalan lancar.Semuanya kerana Dia.Juga kerana keberkatan Guru.
Perasaan gemuruh masih ada setiap kali demonstrasi diadakan, cuma kali ini debarannya agak kencang.Pertama kerana inilah demo pertama kali yg diadakan di tempat yg berprestij, Istana Budaya.Keduanya, inilah kali pertama berdemo setelah bergelar Alumni dan berkerjaya, lebih kurang 2 tahun tidak berdemo.
So, hari Ahad adalah hari melepak sbb lutut dan kaki dah lebam2 dan sengal2 seluruh badan.Almaklumlah baru nak meregangkan otot setelah sekian lama tak bersilat.

NEXT....we coming to you, Sarawak!

Akibat konsentrasi melampau...heheh