Masih teruja dengan crite yang baru ditanyangkan minggu lepas...pasal Win Chun..sseni pertahankan diri yang diamalkan oleh Bruce Lee.
Masih teruja...
dan terus teruja....
Rasa cam nak wat filem Cekak pasnie....
Bagusnya Krisis Ekonomi…?
Posted: 21 Dec 2008 11:47 PM CST
Apabila sebut pasal “krisis/kegawatan ekonomi”, ramai yang akan berasa sedikit gementar dan resah. Maklumlah, terlalu banyak cerita-cerita yang negatif di laporkan di akhbar tentang kegawatan ekonomi.
Kes syarikat bangkrap. Kes berpuluh-puluh ribu pekerja hilang pekerjaan…. dan tidak ketinggalan juga, masalah rumah tangga dan kadar penceraian juga dikatakan meningkat secara mendadak sewaktu kegawatan ekonomi berlaku.
Fuh!.. memang seram jugak….
Tetapi, pada hakikatnya, di tengah-tengah suasana suram, gementar dan resah akibat kegawatan ekonomi ini, terdapat juga beberapa kebaikan yang muncul daripadanya.Antara kebaikan yang diperolehi dari kegawatan ekonomi ini ialah seperti :-
1.Harga saham menjadi murah
Dikala ramai yang panik dengan kejatuhan pasaran saham dan melarikan diri daripadanya. Pelabur-pelabur yang “bijak” mula meyerbu pasaran saham pada waktu ini. Pada waktu inilah nilai-nilai saham syarikat yang kukuh menjadi begitu murah. Ia menjadi murah bukan kerana bisnes syarikat tersebut terjejas dan akan menjadi bangkrap akan kegawatan ekonomi.. tetapi ia menjadi murah kerana ramai orang yang panik dan menjualkan pegangan saham mereka.
2. Harga hartanah menjadi murah
Disebabkan kegawatan ekonomi, maka akan ada ramai pekerja yang dibuang kerja. Tidak banyak.. sedikit, pasti akan ada individu yang terpaksa menjualkan dan melelong rumah mereka. Cuma bilangan rumah lelong pada zaman kegawatan ini akan lebih banyak dan bertambah berbanding sewaktu ekonomi sedang baik. Jadi, bagi mereka yang mempunyai duit lebih yang “banyak”, bolehlah membeli hartanah-hartanah ini. Selepas 3-4 tahun, selepas ekonomi pulih, kekayaan mereka akan bertambah, selaras dengan kenaikan nilai hartanah tersebut.
3. Orang akan menjadi lebih kreatif
Sedar atau tidak, kita selalunya akan menjadi lebih kreatif apabila berada di dalam keadaan tertekan. Jika dulu tidak pernah terfikir untuk membuat kerja sambilan, tetapi apabila dengar pihak syarikat sedang mula membuat penilaian untuk mengurangkan bilangan pekerja.. otak kita akan mula berfikir dengan ligat. Pelbagai idea untuk menjana pendapatan sampingan akan muncul di fikiran seperti jerawat cendawan tumbuh selepas hujan. Nak jual burger? Join MLM? Jual Insurans? Buat kelas tuisyen? Menulis blog? Berniaga di pasar malam? dan bermacam-macam lagi..
4. Industri Perniagaan Internet akan berkembang
Rosalind Gardner (super affiliate guru) meramalkan, pada tahun hadapan (sewaktu kegawatan ekonomi) , ebay & affiliate program akan diserbu oleh orang ramai. Lebih ramai orang akan “menyelongkari” internet dan mencuba untuk menghasilkan pendapatan sampingan menerusinya. Perkara ini, akan banyak mempengaruhi perkembangan industri perniagaan internet. Pad atahun hadapan, akan lebih banyak “blog buat duit” akan dibina, lebih banyak orang akan menjual barang di ebay, dan mungkin juga, akan lebih banyak ebook yang akan dihasilkan.
Kesimpulannya, apabila kegawatan ekonomi berlaku, pasti akan ada pihak yang rugi dan akan ada pihak yang untung. Pihak yang untung pula selalunya adalah terdiri dari mereka yang bijak melihat & mengambil peluang. Orang yang bijak mengambil peluang ini pula, selalunya adalah orang yang gemar melihat sesuatu itu dari perspektif yang positif.
Ringkasnya!… sentiasa positifkan diri anda! Insyallah banyak manfaat yang akan anda perolehi! Yosh!
Petikan daripada http://www.mohdsuhaimy.com/ .
Mohd Shuhaimy atau Shuth adalah IM sepenuh masa dan seorang motivator IM.
*IM=Internet Marketer / Peniaga Jaringan / Business secara Online.
No update yet...busy updating 26sites + 19 incoming sites! All have to be completed in 8 days!INSANE!
Bermula 1 Januari 2009, peraturan pemakaian tali pinggang keledar tempat duduk belakang akan dikuatkuasakan ke atas semua jenis kenderaan kecuali kenderaan-kenderaan seperti berikut:
- kenderaan yang didaftarkan sebelum 1 Januari 1995;
- kenderaan yang didaftarkan selepas 1 Januari 1995, tetapi tidak dilengkapi dengan anchorage points;
- kenderaan komersil termasuk teksi dan kereta sewa;
- kenderaan penumpang yang mempunyai lebih dari 8 tempat duduk tidak termasuk tempat duduk pemandu; dan
- kenderaan barangan yang mempunyai had muatan barangan melebihi 3.5 tan.
So kawan-kawan....meh sama2 kita ingat mengingati...kang sesia kena saman......JOM KLIK!!
APA?: BAJU KORPORAT CEKAK HANAFI
KENAPA?: UNTUKMAJLIS2 FORMAL PERSATUAN, e.g HARI TENAGA PENGAJAR
BERAPA?: RM75 (siap sedia) , RM85/RM95(tempahan sendiri)
SAIZNYA:? M(30 unit) , L(30 unit) ,XL(30 unit) ,XXL(10 unit)
BILA?:Sebelum 17hb Dec 2008 (hari akhir tempahan melalui BERN)
SIAPA:?Beri nama kepada BERN/ASWAD (012-349 2177)
Last week update:
7/12/08 - Family Gathering at Pahang, also with 'new' family.
8/12/08 - SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA!! - pening pas mkn byk sgt ketupat palas/pulut.Back to KL
9-12/12/08- Cuti cancelled.Projek byk.Dok opis n kuar drive sekitar KL.Aik cuti pon jem!aderh!
13/12/08 - Bercuti di Kuala Kangsar. Beli labu sayong.
14/12/08 - Pi survey untuk camping alumni kat KALUMPANG, Ulu Selangor. Bapak best tempat nie...walaupon mahal skit...huhuhu.....
Dah tu je.