Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...
pelajar: guru, apakah erti cinta..?bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?
guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.
pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.
guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?
pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.
gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...
dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?
guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.
pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.
maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?
pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...
maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan.......
Kesimpulannya... janganlah terlalu memilih, tiada manusia yang sempurna di dunia ini.
Kalau dah dapat yang rasa macam ok jer tu.. rembat je cepat..
Lepas tu, cepat-cepat kumpul duit kahwin dan langsungkan perkahwinan..
Kalu tak cukup duit nak buat kahwin, jangan risau, boleh gi website.
Insyallah, kita usaha.
Korang perasan tak, lagi 4 hari nak menyambut Merdeka, bendera2 masih kurang dikibarkan?Biasanya, negara kita akan adakan bulan kebangsaan bermula dari 15hb Ogos sehingga 15hb September setiap tahun.Dlm bulan tersebut, kegiatan mengkibarkan bendera dimana sahaja pasti meriah.Berbeza tahun ini.Sepanjang perjalanan meredah 'jem' dipagi hari, hanya satu dalam sepuluh buah kereta mempunyai bendera.Kalau dahulu, pasti berlumba2 melekatkan bendera kecik di hadapan atau dibelakang kereta masing2.Siap ada yang mewarnakan kereta semperna warna bendera lagi.
Mungkin kah rakyat Malaysia sudah kurang berminat menyambut kemerdekaan?Mungkin setelah menyambut Kemerdekaan Ke-50 tahun lepas, tahun ini ibarat tiada lagi hari kemerdekaan?atau rakyat sudah bosan dengan pergolakan politik yang mencemar kedaulatan negara?Mungkin sebab pilihanraya di Permatang Pauh, kerajaan asik berkempen di sana sehingga terlupa perkara yang lebih besar dan bermakna dlm jiwa setiap warga negara Malaysia?
Walau apa pun terjadi, sebagai rakyat Malaysia yang berjiwa besar, berperibadi tinggi dan bermaruah, kemerdekaan negara perlulah kita hayati.Pengorbanan mereka2 yang terdahulu bermati-matian untuk mendapatkan kemerdekaan, berjuang, berkorban jiwa wajib kita ambil peduli.Kita harus mengenang jasa.
Selamat menyambut kemerdekaan Malaysia ke-51.
PERPADUAN TERAS KEJAYAAN
Kini Semangat Jalan Seiring
Satu Amanah Kerjasama
Jadi Teras Bangsa Mulia
Sehati Sejiwa
Bangun Membantu Agar Sepakat
Moga Terserlah Perpaduan
Agar Teguh Dipersada
Dalam Hidup Harmoni
Sirami Rasa Kasih Sayang
Jadi Benteng Hidup Yang Harmoni
Nurani Ikhlas
Dihati Murni
Menjadi Kekuatan Kita
Bersatu.......Bersatu
Bersatu Gagah Bercerai Rebah
Hindarkan Hasrat Sengketa Kita
Perpaduan Teras Kejayaan
Berpadu......Berpadu
Berpadu Bulat Kata Sepakat
Menjadi Cita Negara Jaya
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan
Ciptaan :Pak Ngah
Lirik : Lokgha
Most of my friends have ended their single life throughout this year.Some said that this year is a lucky year.Some said they don't care about the year, as long as they get marry the soonest.Nice~~!.
Not everyone got their chance to meet the right person at the right time.Mostly happened, you meet the right person at the wrong time, or meet the wrong person at the wrong time.So,what's wrong with that?Nothing is wrong, except, someday you will realize that you might find a better person rather than your partner that U have now.
Is it have to be 'the person, at the right time' all the time?.Maybe U can try other option if U think that this quote is not suit U.
The option are;
1)find the right person until U think that person is the right one(it will take million of years sometime, and yet we still don't know if the person is the right one because there is no indicator stated that 'THIS IS THE RIGHT PERSON,PLEASE APPROACH'., or
2)U can make the 'wrong person' change to the 'Right Person' .U might be not like someone so much, and end up U like him/her very much without U knowing it.What it take is just a lil bit of luv, share, trust and believe.Other wonderful traits will come by its own once U have all the traits before.
3)U already have 'The One and Only', sitting happily with U.Good for U!!
Conclusion:
Luv, appreciate and treasure of what U already have.
Congratz to all my Newly Wed Frenz , Warda&Din, Sab&Basya, Hafiz&Azie, Rauf&Hawa, Reha&Her Husband, and me(huh?).May all of U have a wonderful journey ahead with your luv one and be the one who complete one another.May Allah bless all of U!AMIN!!
Tetiba teringat zaman kat Sc Muar dulu.Geng2 ktrg dulu antara yang agak nakal.tak la nakal sgt.Time lepas kelas ktrg tak suke balik hostel dulu.lepak2 kat kelas n merayau pi kelas org len.Kegemaran ktrg adalah menconteng papan hitam and meninggalkan trademark masing2.Mine is up there.I think ada yang tahu ktrg dah 'mencderoboh' masuk kelas diorang once tgk 'signature' ktrg.
'Signature" nie jugak telah ditinggalkan di beberapa buah tempat, ada juga ditempat yang tidak dijangka untuk kami pergi.Contohnya?....Len kali crite.hahaha.
Anyway, ini lah tanda yang hampir membuatkan kelas ktrg bergaduh ngn kelas sebelah.Sebabnya ada org tiru signature nie n wat tulisan2 yang tak elok kat papan hitam kelas diorang.Sampai skrang tak tau saper wat.Sebbaik dpt disetelkan secara telus dan bijaksana.hahahaha..
Satu lagi Motto yang ktrg suka tinggalkan....
BUKAN NIATKU UNTUK MENCAPUB
Bagaimana mencapai kebebasan kewangan? Posted: 13 Aug 2008 12:33 PM CDT Ramai orang yang ingin mencapai kebebasan kewangan, tetapi kebanyakkan tidak tahu bagaimana hendak melakukannya. Sebenarnya, untuk mencapai kebebasan kewangan adalah mudah, anda hanya perlu melakukan 3 langkah berikut. Sebelum itu, kita semak dulu, apa maskud bebas kewangan? Ok! mari kita lihat 3 langkah bagaimana mencapai kebebasan kewangan! 1) Langsaikan semua hutang anda (keluar dari cengkaman hutang) Langkah pertama adalah dengan menyenaraikan kesemua hutang anda. Hutang kereta, kad kredit, ptptn, rumah, mamak, kawan-kawan, court mammoth dan sebagainya. Senaraikan hutang anda mengikut urutan yang mana yang paling sedikit sebagai hutang no 1. Tuliskan juga, berpakah jumlah minimum yang perlu anda bayar untuk setiap hutang anda.. contohnya, 1) Kad kredit (RM5000)… RM250 sebulan Wah! banyak betul hutang anda rupanya (baru perasan). Jadi, langkah pertama.. pasang tekad di dalam diri anda terlebih dahulu untuk tidak menambah lagi hutang yang sedia ada, dan juga, bertekad untuk melangsaikan kesemua hutang anda. Oleh itu, pada penghujung setiap bulan, peruntukan duit yang lebih sedikit untuk membayar hutang-hutang anda, mungkin sebanyak RM2,500. Apa yang perlu anda lakukan, bayar kesemua hutang anda dengan jumlah minimum, tetapi untuk hutang no 1 (kad kredit) , sila bayar lebih (RM300).. bermakna, anda membayar sebanyak RM550 pada hutang kad kredit anda. Dengan cara ini, dalam masa 10-11 bulan, anda akan dapat menghapuskan satu hutang anda. Selepas hutang kad kredit terhapus, gunakan duit yang lebih itu untuk membayar hutang PTPTN anda pula, (kini anda membayar sebanyak RM700 untuk hutang ptptn anda). Dalam masa 2 tahun, anda akan berjaya menghapuskan hutang PTPTN anda. Kemudian, setelah berjaya menghapuskan hutang PTPTPN dalam hidup anda, duit lebih itu, anda gunakan pula untuk bayar kereta anda, dan dalam masa 1 tahun setengah, anda akan berjaya melangsaikan hutang kereta anda. Kini tinggal hutang rumah sahaja.. gunakan peruntukan sebanyak RM2,500 tadi untuk membayar hutang rumah anda, insyallah, dalam masa 5 tahun, anda akan berjaya melangsaikan hutang rumah anda. Wah!.. jika dikira kesemuanya, anda akan berjaya melangsaikan kesemua hutang anda sebanyak RM276,000 itu dalam masa 10 tahun sahaja. Not bad bukan? Jika usia anda kini 25 tahun.. pada usia 35 tahun, anda sudah bebas dari segala hutang! 2) Tambah pendapatan berulang “passive income” anda. Langkah seterusnya (langkah ini boleh dilakukan sewaktu anda masih lagi dalam proses membayar hutang) , ialah dengan mewujudkan “pendapatan berulang” dalam hidup anda. Pendapatan berulang ialah pendapatan yang anda perolehi setiap bulan walaupun anda tidak melakukan perkara/pekerjaan tersebut lagi. Contohnya, adalah seperti..
Apa yang menarik mengenai pendapatan berulang ini, ianya tidak terikat/bergantung kepada masa. Anda hanya perlu melakukannya sekali sahaja.. dan ia, akan terus-menerus memberikan wang kepada anda. 3) Awasi status kewangan anda setiap masa Langkah ketiga, selalulah menyemak status kewangan anda setiap bulan, beli benda-benda yang perlu sahaja dan beli ia secara tunai. Jangan sesekali berhutang dan menggunakan kad kredit (kad kredit hanya sesuai digunakan selepas anda sudah berjaya mencapai tahap kebebasan kewangan, sewaktu di dalam proses untuk mencapai kebebasan kewangan, anda tidak digalakkan menggunakan kad kredit). Percayalah.. dengan hanya melakukan 3 langkah ini, anda akan berjaya mencapai tahap kebebasan kewangan hanya dalam masa beberapa tahun sahaja! Hey! Ianya bukan teori tau… ianya adalah praktikal.. saya sudah berjaya melakukannya dan ianya hanya mengambil masa 3 tahun, saya pasti anda juga mampu melakukannya! Yosh! petikan dari: http://www.mohdsuhaimy.com/2008/08/13/bagaimana-mencapai-kebebasan-kewangan/ |
Jam 8pagi , Stesen LRT Salak Selatan.
Berjalan kaki dari rumah menuju ke Stesen LRT sudah memakan masa 7 minit walaupon jaraknya bukanlah sejauh mane.Yang membuatkan lewat adalah kereta2 dan motor2 dipersimpangan keluar Bandar Seri Permaisuri ke KL dan PJ.Kalau berkenderaan bermakna harus menunggu lebeh kurang 5-10 minit hanya untuk melepasi kawasan 'wajib jem' itu.haihh~.Tapi itu cerita kalau berkenderaan.Ini cerita Si Pengguna Pengangkutan Awam.
Berjalan melalui lorong2 susur gajah yg disiapkan, memayungi perjalanan sehingga sampai di Stesen LRT Salak Selatan.Org dah mula ramai.walau hakikatnya mmg org sentiasa ramai disitu, setiap masa.Tren tiba setiap 10 minit,mungkin.Setelah membayar tiket RM1.70 untuk ke Stesen Masjid Jamek, cepat2 menuju ke garisan kuning untuk menunggu tren.Kang kalau dok jauh sgt mau2 tak dpt naik lak tren nnti.Penuh macam sardin dlm tin.Cap A1.
8.18pagi.-Tren sampai.Rakyat Malaysia mmg tak reti beratur.Takut kalau beratur nnti tak sempat naik tren lak.Jom bersesak2.DEM! ada org raba aku.elehh pakcik ke.DEM! lagik.Gile sesak.Meh awek2 yang rendang2, ciumlah ketiak aku sebab pemegang nie tinggi sgt.Nak wat camne beb.Terima saja.
8.33pagi - Sampai kat Masjid Jamek.Keluar pon nak rebut2 ke?.Ye kot.Kang tutup lak pintu tren, puas nak berpatah balik.berduyun2 gak org kat sini.Objektif selanjutnya adalah menaiki tren PUTRA Masjid Jamek menuju ke Taman Jaya.Nak pi LRT Masjid Jamek kena lalu terowong.Bagus jugak susunannya.Keluar satu arah.Masuk satu arah.Bile dah ramai2 dah macam simulasi menunaikan Ibadat Sa'ei.Ramai gak yg berlari2 anak.Tp sayangnya, tiada penerapan untuk beribadat khas itu.Sebab pakaian semuanya miskin2 belaka.Aderh, goyah iman!.
8.45pagi-Stesen Masjid Jamek.Kat sini bagus.Rakyat Malaysia menunjukkan etika dan adab menaiki tren yang bagus.Mau taknya.Petugas2 PUTRA dah saipkan lane untuk beratur.Yang tak paham bahasa je main redah masuk tren.Pastu kena tempik ngn petugas PUTRA sbb tak reti beratur.Good Job Petugas PUTRA Masjid Jamek!.
8.57pagi-Sampai Stesen PUTRA Taman Jaya.Penamat kepada perjalanan dan kisah Si Pengguna Pengangkutan Awam.untuk hari itu.Balik belum cerita lagik.aderh~.
Konklusi:
Mane janji2 nak naiktaraf pengangkutan awam nie beb?Bile nak sampai satu tahap masa menunggu dan menaiki pengangkutan awam dpt dikurangkan atau tak perlu menunggu langsung.?Tren Peluru bile nak ada?(Bahaya gak kalau ada sbb rakyat Malaysia suka tido dlm tren, kang terlajak naya je.huhuh).
Sampai bila nak jadi begini?Berkejaran di pagi hari menunggu tren untuk mendapat sesuap nasi, atau membayar hutang?Makan gaji atau makan hutang.?
This is life....of what we called Rat Race.
Di dalam buku “Secret of Self Made Millionaires” tulisan Adam Khoo , ada menyatakan, salah satu sikap yang perlu ada untuk menjadi seorang jutawan adalah sikap “proactive”. Ia bermaksud, mengambil langkah awal ataupun bertindak terlebih dahulu.
Contoh paling mudah.. jika anda sedang duduk menunggu bas dan ternampak seorang awek cun.. anda perlulah menegur dan menjadi pihak pertama yang memulakan conversation bersama awek itu.. “Hai! sorang je?.. dah kahwin ke belum? uweeerkkk!..
Bukannya .. menunggu dan berharap awek itu berjalan di depan anda dan terseliuh.. kemudian, anda dengan machonya, akan cuba membantu. Berhentilah berharap…
Itu contoh dalam dunia percintaan.. mungkin boleh dipraktikan oleh mereka yang masih single. Untuk contoh dalam dunia perniagaan pula..
Jika anda menerima miss call sewaktu anda sedang sibuk dan tidak sempat menjawapnya. Anda perlulah telefon semula nombor “miss call” tersebut secepat mungkin. Bertanyakan, siapakah disana dan apakah yang boleh anda lakukan untuk membantu mereka? Mungkin ianya seorang “orang kaya” yang ingin menjadi pelanggan anda dan memberikan anda projek berjuta. Itu, sesuatu yang proaktif..
Tetapi, jika anda hanya menunggu dan berharap orang tersebut menelefon anda semula. Itu adalah suatu sikap yang tidak proaktif.
Begitu juga halnya jika anda menghadiri sesebuah seminar, perjumpaan, perhimpunan atau pun gathering. Anda boleh sahaja duduk di suatu sudut dan menunggu sesiapa di majlis tersebut datang kepada anda (tidak proaktif).. ataupun, anda boleh bergerak, menegur dan memulakan conversation dengan semua orang yang berada di majlis tersebut (proaktif).
Dengan cara itu,anda akan memperolehi lebih banyak kawan dan network kelak. Di dalam perniagaan.. network adalah salah satu komponen yang penting.. lebih besar network, lebih mudah untuk anda berjaya.. saya pasti anda sedar akan hakikat itu.
Yosh!
Petikan dari : http://www.mohdsuhaimy.com/