Merdeka Muram?


Korang perasan tak, lagi 4 hari nak menyambut Merdeka, bendera2 masih kurang dikibarkan?Biasanya, negara kita akan adakan bulan kebangsaan bermula dari 15hb Ogos sehingga 15hb September setiap tahun.Dlm bulan tersebut, kegiatan mengkibarkan bendera dimana sahaja pasti meriah.Berbeza tahun ini.Sepanjang perjalanan meredah 'jem' dipagi hari, hanya satu dalam sepuluh buah kereta mempunyai bendera.Kalau dahulu, pasti berlumba2 melekatkan bendera kecik di hadapan atau dibelakang kereta masing2.Siap ada yang mewarnakan kereta semperna warna bendera lagi.

Mungkin kah rakyat Malaysia sudah kurang berminat menyambut kemerdekaan?Mungkin setelah menyambut Kemerdekaan Ke-50 tahun lepas, tahun ini ibarat tiada lagi hari kemerdekaan?atau rakyat sudah bosan dengan pergolakan politik yang mencemar kedaulatan negara?Mungkin sebab pilihanraya di Permatang Pauh, kerajaan asik berkempen di sana sehingga terlupa perkara yang lebih besar dan bermakna dlm jiwa setiap warga negara Malaysia?

Walau apa pun terjadi, sebagai rakyat Malaysia yang berjiwa besar, berperibadi tinggi dan bermaruah, kemerdekaan negara perlulah kita hayati.Pengorbanan mereka2 yang terdahulu bermati-matian untuk mendapatkan kemerdekaan, berjuang, berkorban jiwa wajib kita ambil peduli.Kita harus mengenang jasa.

Selamat menyambut kemerdekaan Malaysia ke-51.


PERPADUAN TERAS KEJAYAAN

Kini Semangat Jalan Seiring
Satu Amanah Kerjasama
Jadi Teras Bangsa Mulia
Sehati Sejiwa

Bangun Membantu Agar Sepakat
Moga Terserlah Perpaduan
Agar Teguh Dipersada
Dalam Hidup Harmoni

Sirami Rasa Kasih Sayang
Jadi Benteng Hidup Yang Harmoni
Nurani Ikhlas
Dihati Murni
Menjadi Kekuatan Kita

Bersatu.......Bersatu
Bersatu Gagah Bercerai Rebah
Hindarkan Hasrat Sengketa Kita
Perpaduan Teras Kejayaan

Berpadu......Berpadu
Berpadu Bulat Kata Sepakat
Menjadi Cita Negara Jaya
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan

Ciptaan :Pak Ngah
Lirik : Lokgha

1 comments:

  1. Anonymous Says:

    totally

    Posted on 11:03 AM