Be Proactive

Di dalam buku “Secret of Self Made Millionaires” tulisan Adam Khoo , ada menyatakan, salah satu sikap yang perlu ada untuk menjadi seorang jutawan adalah sikap “proactive”. Ia bermaksud, mengambil langkah awal ataupun bertindak terlebih dahulu.

Contoh paling mudah.. jika anda sedang duduk menunggu bas dan ternampak seorang awek cun.. anda perlulah menegur dan menjadi pihak pertama yang memulakan conversation bersama awek itu.. “Hai! sorang je?.. dah kahwin ke belum? uweeerkkk!..

Bukannya .. menunggu dan berharap awek itu berjalan di depan anda dan terseliuh.. kemudian, anda dengan machonya, akan cuba membantu. Berhentilah berharap…

Itu contoh dalam dunia percintaan.. mungkin boleh dipraktikan oleh mereka yang masih single. Untuk contoh dalam dunia perniagaan pula..

Jika anda menerima miss call sewaktu anda sedang sibuk dan tidak sempat menjawapnya. Anda perlulah telefon semula nombor “miss call” tersebut secepat mungkin. Bertanyakan, siapakah disana dan apakah yang boleh anda lakukan untuk membantu mereka? Mungkin ianya seorang “orang kaya” yang ingin menjadi pelanggan anda dan memberikan anda projek berjuta. Itu, sesuatu yang proaktif..

Tetapi, jika anda hanya menunggu dan berharap orang tersebut menelefon anda semula. Itu adalah suatu sikap yang tidak proaktif.

Begitu juga halnya jika anda menghadiri sesebuah seminar, perjumpaan, perhimpunan atau pun gathering. Anda boleh sahaja duduk di suatu sudut dan menunggu sesiapa di majlis tersebut datang kepada anda (tidak proaktif).. ataupun, anda boleh bergerak, menegur dan memulakan conversation dengan semua orang yang berada di majlis tersebut (proaktif).

Dengan cara itu,anda akan memperolehi lebih banyak kawan dan network kelak. Di dalam perniagaan.. network adalah salah satu komponen yang penting.. lebih besar network, lebih mudah untuk anda berjaya.. saya pasti anda sedar akan hakikat itu.

Yosh!


Petikan dari : http://www.mohdsuhaimy.com/

0 comments: