Apakah impian hidup anda?
Posted: 09 Sep 2008 11:35 AM CDT
Pernahkah anda bertanya kepada diri anda, “Apakah yang sebenar-benarnya anda mahu di dalam kehidupan ini?”.
Seriously…
Cuba anda pejamkan mata anda sebentar, tarik nafas dalam-dalam.. dan kemudian, tanya diri anda di dalam hati.. “Apakah yang sebenar-benarnya anda mahu di dalam hidup ini?”.
Ok!.. cuba buat sekarang…
Ok.. pejam kan mata tu..
Pejamlah….
Pejam den kata.. yang ekau baca lagi nie buek apo? Den baling kang ngan kuih nie!!
ho! ho!..
..
..
..
Baiklah!.. Adakah anda dapat menjawapnya?
Mungkin jawapan anda… aku inginkan sebuah kehidupan yang bahagia! (eh?! memanglah!.. kan semua orang nak hidup bahagia?)..
Persoalannya…. adakah hidup anda tidak bahagia sekarang? Eh! Bahagia juga..
Abistu? Kenapa nak inginkan hidup bahagia lagi? Kan dah bahagia sekarang? Nak bahagia macam mana lagi?
Ho! ho! ho!…
Kebanyakkan orang mempunyai impian hidup yang kabur. Mereka sebenarnya, tidak pasti dengan apa yang mereka mahukan di dalam hidup ini. Mereka ingin hidup bahagia.. tetapi bagaimanakah rupa kebahagiaan itu?
Adakah dengan memiliki rumah yang besar?
Adakah dengan memiliki isteri yang cantik?
Adakah dengan memiliki suami yang penyanyang?
Adakah dengan memiliki anak-anak yang soleh dan solehah?
Adakah dengan memiliki wang berjuta-juta?
Bagaimanakah kebahagian hidup yang anda inginkan? Anda perlu gambarkan ia dengan jelas di dalam minda anda! Barulah anda boleh mencapainya suatu hari nanti.
Hidup ini adalah seperti suatu perjalanan, anda perlu tahu dengan lengkap alamat destinasi yang ingin anda tujui, barulah anda boleh menuju kepadanya dan tiba kepadanya. Jika tiada alamat dan destinasi, bagaimana anda ingin menuju kepadanya?
Setiap orang mempunyai matlamat, impian serta destinasi yang berbeza-beza. Apa yang penting, anda perlu tahu dengan jelas.. apakah impian hidup anda. Tanpa impian hidup yang jelas, anda hanya akan terapung-apung tanpa arah dan hanya mengikuti arus kehidupan, dan ianya, adalah suatu kehidupan yang sia-sia.
Sekali lagi.. tarik nafas dalam-dalam dan fikirkan dengan teliti.. “Apakah yang anda mahu di dalam kehidupan ini?”.
Seriously, soalan ini nampak seperti mudah.. tetapi ia sebenarnya bukanlah semudah yang disangka, ia memerlukan pemikiran yang amat mendalam dan hati yang ikhlas kepada diri anda sendiri untuk menjawapnya…
Tak perlu menulis jawapan anda disini.. jawap sahaja di dalam hati anda dengan ikhlas.. usah menipu diri anda sendiri tentang apa yang anda mahukan sebenar-benarnya di dalam hidup ini. Jawaplah dengan ikhlas… insyallah , ianya akan membawa satu semangat baru di dalam hidup anda.
Wassalam.
P/s:- Bagi yang mahu nampak soleh & solehah, mungkin mereka akan menjawap, “Saya hanya mahukan ganjaran syurga Allah di akhirat kelak!”. Ya! itu sudah semestinya! Ianya adalah impian hidup setiap orang islam, tetapi.. mengapa perlu hadkan impian hidup kita kepada 1 impian sahaja?
Petikan dari:http://www.mohdsuhaimy.com/2008/09/09/apakah-impian-hidup-anda/
Anonymous Says:
Apa yang aku mahu dalam hidup aku...
*pejam mate kuat kuat*
bukak mate...
Oh peningnye...
Posted on 10:57 PM