Kalaulah PLKN tu NS

Time balik ke kampung halaman bersama2 rakan haritu menimbulkan satu perdebatan.Perdebatan yang mungkin tidak sepopular Anwar-Shabery.Tp kami merasakan ia perlu.

Perlukah PLKN?Mungkin satu pembaziran, atau ada altenatif lain yang lebih patriotik?

Ini cuma pandangan.Walaupun PLKN dah bermula 4 tahun lepas.Mungkin topik agak basi.Tp kami tak peduli.Kami memandang diseberang laut.National Service di Singapura.Kalau PLKN ditukar menjadi seperti NS mungkin lebih patriotik.Mungkin.Lepasan SPM boleh memilih antara 3 agensi pertahanan negara, ATM, Polis ataupon Bomba.Menjalani latihan sebagaimana anggota tetap.Merasai bagaimana sebenarnya kepetingan menjaga negara.

PLKN diibaratkan sebagai summer camp.Nilai2 murni ada diterapkan.Tapi mencukupikah?Yang byk dipupuk adalah "Cinta Monyet".Mana Patriotisme nya?Bukan kah bagus mencipta patriotisme terus dari terasnya.

Kalaulah PLKN itu seperti NS.Mungkin tiada pembaziran untuk mecipta pakaian baru, sistem baru, kem2 baru.Kenapa tidak digunakan sahaja uniform askar, polis atau bomba.Kem?tak perlu nak diadakan baru.Guna mana yang ada.

Kalaulah PLKN itu seperti NS.Kita sudah ada anggota simpanan yang ramai jikalau berlaku sesuatu yang tidak diingini.Jika dilihat yang masuk sukarela Wataniah, berapa ramai sangatlah mereka itu, jika dibandingkan dengan PLKN yang dah masuk 4 tahun.Mungkin kita telah melahirkan lebih 10,000 anggota simpanan jika mereka ini terlibat secara langsung dalam sistem pertananan negara.

Tapi ini cuma pandangan. Dari seorang warga negara yang cintakan negaranya.

SELAMAT ULANG TAHUN MALAYSIA KE-51!

0 comments: