Dah 13 hari dah kita beraya.Byk juga la mknn tradisi yang telah dilantak dan diternak didalam perut.Juadah wajib tahun nie adalah lemang dan laksa johor.Byk gak umah terbuka yang menghidangkan laksa Johor nie.
Kelebihan Laksa Johor Berbanding ngn laksa lain
1)mee yang digunakan adalah spagetti..melambangkan makanan barat pon boleh dimelayukan.
2)Cara makan sebenar laksa johor ini adalah menggunakan TANGAN, bukan sudu atau garfu.Cam mkn nasi jugak tp memerlukan skill untuk mencampurkan kuah dengan spagetti.Kalau terer takder baki kuah pon tinggal bile dah abes mkn sbb mee ngn kuah sama byk.Baru ngam!!
3)Spagetti letak sambal belacan.Mmg unik.Dan sgt sedap.
Jom kite tgk camne cara membuat laksa Johor nie.huhuhu...JOM MKN!!
Bahan-bahannya
500 gram atau 2 bungkus spageti, direbus hingga lembut
1 biji timun, dihiris bulat
Daun kesum, dihiris halus
Tauge, dicelur
Sedikit cili merah dan belacan, dibuat sambal
Limau kasturi
Bahan-bahan kuah
Minyak untuk menumis
5 biji bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
2.5 cm halia, dihiris
1 bungkus rempah kari ikan
1 mangkuk pati santan daripada sebiji kelapa
3 batang serai, dititik
2.5 cm lengkuas, dititik
1 hiris ikan parang, dipelah dua, dipanggang 3/4 masak dan dikisar
1 1/2 mangkuk santan cair
5 keping asam gelugur
200 g udang, direbus
50 sen udang kering
1/2 biji kelapa parut, dibuat kerisik
Garam secukupnya
Cara membuat kuahnya
1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
2. Masukkan rempah kari dan kacau rata.
3. Masukkan pati santan, serai dan lengkuas. Biar kuah mendidih.
4. Masukkan isi ikan yang dikisar, kacau hingga sebati dan biar ia mendidih baru dimasukkan santan cair dan asam gelugur. Biar ia mendidih lagi baru dimasukkan udang, udang kering, kerisik dan garam. Masak hingga kuah pekat di atas api perlahan baru diangkat.
Dan inilah dia hasilnya.The Original Recipe of Laksa Johor.
Anonymous Says:
ok lah nanti aku try! hahahah.
Posted on 1:16 PM
PANGLIMACYBER .Inc Says:
slamat menerai(men-try)
Posted on 11:30 PM