A Confius Citizen....Confuse actually...

Sejak akhir2 ini terlampau byk agenda politik yg bisa mengganggu gugat kedaulatan negara kita.Usahlah diratapi tentang harga kenaikan minyak, kerana apa yang dijangka berlaku telah pun berlaku.Nak memprotes sana sini pasti ada halangan.Dimanakah rakyat ingin salurkan pandangan dan perasaan mereka untuk didengari oleh 'org di atas sana'?Mereka sedang sibuk bersandiwara dan bergurau senda ibarat sedang menikmati malam pertama.


Bosan dengan ungkapan 'Ubah Gaya Hidup?'.Kalau dah begitu gaya hidup rakyat bagaimana mahu diubah lagi.Kalau ada rakyat yang hidup serba menderita, bagaimana mahu diubah lagi?Perlukah mereka mula mencari altenatif untuk memakan batu-batu dijalan raya untuk dijadikan nasi dan membakar kayu2 rumah untuk dijadikan lauk??


Rakyat yang miskin tidak perlu risau tentang kenaikan harga minyak.Kerana apa?Kerana mereka bukan berkereta,, bermotosikal.Tetapi itu hanya berlaku jika dan hanya jika harga minyak tidak memulakan 'pesta inflasi' di dalam negara.Dengan kadar hidup yang begitu sengsara apakah altenatif kita sebagai rakyat untuk membantu yang lebih memerlukan?Kalau mengharapkan 'org di sana', masihkan ada pembelaan yang sewajarnya?


Cerita Cerekarama dan Spektra hangat menguasai dada2 akhbar.Seorang mengatakan ini, seorang mengatakan itu.Masing2 mahu menegakkan 'benang yang basah'.Mempertahankan maruah masing2 dengan cara menjatuhkan maruah orang lain.Mungkin ini politikus gaya baru?atau mungkin mmg ini politik sejak azali.Kami rakyat tidak mengetahui.Hanya diperbodohkan dengan dakyah2 dan propaganda perebutan kuasa.


Apakah salah kami sebagai rakyat sehingga kami tidak dibela dengan sewajarnya?Apakah perlu berperang untuk merebut jawatan dan kuasa dan membiarkan amanah Tuhan ini diperkotak katikan.Bukankah "Dari Rakyat Kepada Rakyat' pernah diwar-warkan dahulu.Adakah tidak wujud lagi masyarakat Malaysia yang lainnya, yang tinggal cuma mereka2 yang 'bersandiwara' ini?Dimanakah Bangsa Malaysia?Dimanakah Malaysia?Dimana?


Cuma coretan dan luahan seorang rakyat yang keliru.........................(dot).

0 comments: