Wajadiri Makin Hampir!

Selamat BERJAYA buat sahabat2 MMU Cyber di Pertandingan Wajadiri Peringkat IPT dan Sekolah di UTM, SKUDAI.

Sesungguhnya perjuangan sahabat2 sekalian mengharumkan nama Universiti, Persatuan dan Persilatan merupakan pengorbanan yang besar. Genggam erat2 kesungguhan anda, latihan anda dan berasa yakin untuk melakukan yang terbaik.

Bukan EMAS yang jadi taruhan tp kesetiaan kepada GURU menjadi sandaran.


Andai EMAS ditakdirkan untuk anda, maka tidak perlu risau kerana semua adalah milik-Nya. Jangan ada perasaan riak dan perbetulkan niat anda.Moga2 usaha dan kesungguhan sabahat2 terbalas dan kita buktikan di UTM nnti, MMU BOLEH!!

Ingat Pesanan Yang Mulia Ustaz Hanafi Haji Ahmad -

"Kita jangan cepat luntur dalam usaha mencapai matlamat perjuangan. Sekiranya kita tidak berjaya, anak kita akan mencapainya. Jika tidak, cucu kita akan mencapainya. Dan berusahalah bersungguh - sungguh serta bergantung hati kepada Allah S.W.T"




Akhir sekali, JOM LAYAN VIDEO SEPASANG TONGKAT EMAS MMU CYBERJAYA, moga menjadi pembakar semangat kepada anda semua.

SELAMAT MAJU JAYA!!!



0 comments: