Syndrom Tin Kosong


Baru je sampai umah selepas ber'weekend' yang dipenuhi dengan kenduri perkahwinan rakan-rakan sekolah dulu.Rata-rata member semua berumur 24 tahun dan mereka telah berkahwin.Sepasang kawan sekolah rendah(in fact berkawin sesama member satu kelas) telah pon menimang cahaya mata yang sgt comel berusia 6 bulan...welcome to the world, Alisya.

Kawan yang berkahwin di JB ini juga, Yati dan Ezat, kedua-duanya adalah sahabat di sekolah rendah dahulu.Sama-sama satu kelas.End up to be in jinjang pelamin together.Kecil betul dunia dan dekat betul jodoh. Cam cikgu sekolah rendah 6A kesayangan kami selalu berckp , "korang nie tak berkembang langsung, kawen pon satu kelas". mmg btul pon, skrang dah 2 pasangan satu kelas 6A telah berkahwin. Anyway, tahniah!!

Kol 2 ptg, di Melaka, kawan sekolah Sains Muar, Azmi aka KOPEN aka PakCik juga telah selamat diijabkabulkan.Alhamdulillah.Time tu juga la mencari rakan2 sekolah yang dah lama tak jumpe.MAsing-masing bawak pasangan masing2.Ingatkan just kapel je, but rupenye 2 org dah kawen, 2 orng lagi akan kawen awal tahun depan.WAHHAHHAHAHA!!

Mereka yang dah kawen nie, dan yang nak melangsungkan perkahwinan akan datang bukan la jenis yang kecoh disekolah dahulu.Takder pon berkapel sana sini.Tau2 dah kawen dah.Ktrg(jantan2 macho la konon, tp end up tak der calon pon lagik...huhu) agak kecewa dengan diri sendiri.Ibarat tin kosong. Berdentam dentum.tp kosong takder isi.

Aderh, bile nak kawen?Anyway, Tahniah buat YATI dan EZAT, KOPEN dan isteri, MALUN dan isteri, TAKEL dan isteri, AZIZI dan bakal isteri, NIK dan bakal isteri.Kami doakan kamu semua bahagia dan jodoh berpanjangan sehingga ke syurga.AMIN.

Malaysia A1 GP, Sepang


What: MALAYSIA A1 GP
When: 22th Nov 2008
Where: Sepang , Malaysia
Why: Sprint Race at 11am , Final Race at 3pm.

Anyway, Fairuz whose represented Malaysia should make better decision and be more cooperative with pit-stop team. If that so, we might get No 3 at least.
But then, may more luck come in near future for us.!

Ape dah jd pada F1 Malaysia?

p/s: nmpk alex yoong berjalan2 bersama keluarga di pit way sebelum race start.Nak memberi pendedahan kepada anaknya kot...

Sorry, video quality quite bad.Just dengar bunyik jel la.


Rolling Start!!


Passing By!!

Kalau EPF anda dipotong.......

Pemotongan EPF dari 11% kepada 8%


Anggarkan pendapatan bulanan anda adalah RM4000.

- Jika pemotongan EPF anda adalah 11% ( RM440 ), tax yang akan anda dikenakan berdasarkan= RM3560, jadi bayarannya = RM77.
- Jika pemotongan EPF anda adalah 8% ( RM320 ), tax yang akan anda dikenakan berdasarkan = RM3680, jadi bayarannya = RM109.
Kesimpulannya?

Jika anda memilih untuk membuat pemotongan EPF sebanyak 8% berdasarkan saranan kerajaan, ia akan diahiri dengan pengenaan cukai pendapatan yang lebih tinggi kepada kerajaan. Pendek kata menjadikan kerajaan lebih kaya,

Kemukakan pendapat anda sekalian.

Sesuatu yang perlu difikirkan......

Dari Forum TanyaSifu.com

CICAKMAN 2: PLANET HITAM




CICAKMAN 2:PLANET HITAM



TYCO KEMBALI!!!!



Tak sabar nak tunggu CICAKMAN 2 release bulan depan. Soundtrack pon best2. Jom wat rombongan Cik Kiah ke Cineleisure Damansara jom!!huhuhu...

Masih mengagumi KRU.

Chak Chak Chak!!

N-O S-C-A-M - Ambil Tahu!!



=========================================================
Cara mengelakkan diri daripada tertipu di Internet (SCAM) =========================================================
Oleh: Irfan Khairi


Sahabat, dalam mengumpul kewangan dan menambahkan kekayaan, kita bukan sahaja sepatutnya fikir bagaimana nak invest, bagaimana nak jimat wang, bagaimana nak tambahkan pendapatan, dan sebagainya...
tetapi, kita perlu juga fikir bagaimana tidak mahu rugi/hilang/burn wang kita...

Contoh:

* meminjam wang pada kawan, dan pinjaman tidak di bayar
(mungkin anda pernah terkena!)
* membuat pelaburan yang jelas merugikan (seperti beli rumah
untuk disewa di kawasan tiada permintaan)
* tertipu dengan program-program Inetrnet atau dikenali sebagai
SCAM

Tip saya kali ini, hendak kongsikan pada anda satu "formula" supaya kita tidak rugi/hilang/burn duit kita pada SCAM (penipuan). Formula ini berbunyi: NO SCAM!

N-O S-C-A-M

N bermaksud: NAME.

Siapakah nama di sebalik sesuatu pelaburan atau peluang perniagaan tersebut. Sering kali, SCAM dilakukan oleh mereka yang suka menyorokkan identiti mereka. Jadi, pastikan anda ketahui nama sebenar dan juga maklumat peribadi siapakah yang mengendalikan sesuatu pelaburan atau peluang menjana pendapatan itu.

O bermaksud: OVER PROMISE.

OVER PROMISE. Pelaburan atau peluang yang menjana pendapatan yang diberikan adakah ianya over promising? Atau janji yang lebih-lebih dan tak masuk akal? Ketahui bahawa menjana pendapatan yang lumayan bukanlah perkara yang mudah. Mana ada goyang kaki, duit masuk (melainkan bisnes menjahit). Kebanyakan SCAM akan menipu mangsa dnegan cara membuat janji-janji manis berlebihan, atau OVER PROMISE!

S bermaksud: SEARCH.

Internet penuh dengan maklumat-maklumat. Dan maklumat di Internet bersebar dengan pantas. Oleh itu, apa kata anda menggunakan kekuatan Internet ini untuk membuat sedikit research. Anda perlu membuat SEARCH atau CARIAN, terutamanya di Google.com. Masuk http://www.Google.com dan lakukan research dengan cara type nama pemilik program tersebut. Atau, typekan nama syarikat. Atau type nama program atau sistem yang digunakan.

Dengan hanya menggunakan SEARCH di google, anda pasti akan mengetahui banyak maklumat-maklumat seperti pelanggan tidak berpuas hati, dan sebagainya. Cara ini amatlah efektif, tetapi, sayangnya, ramai yang terjerat dalam SCAM, salah diri juga kerana tidak melakukan research, dengan hanya menggunakan SEARCH di GOOGLE.COM!

C bermaksud: CONTACT.

Pastikan anda mempunyai contact details lengkap syarikat atau perniagaan tersebut. Sekali lagi, mereka yang melakukan SCAM suka menyorok dan berselindung. Jarang sekali mereka dedahkan alamat, nombor telefon, cara hubungi, dan lain-lain. Sekiranya ada, apa kata anda cuba hubungi secara offline untuk memastikan kewujudan CONTACT details mereka. Ingat, wang anda dalam keadaan bahaya sekiranya tertipu. Oleh itu, apa kata usaha lebih sikit supaya tak terjerat!

A bermaksud: ASK.

Tanya orang ramai. Tanya kenalan-kenalan dan tanya juga pakar-pakar industri! Jangan hanya tanya kenalan yang mempromosikan sesuatu program tersebut, kerana mungkin mereka juga tertipu dengan SCAM.
Tanya orang lain juga supaya kita lebih banyak maklumat tentang sesuatu program sebelum melaburkan our hard earned money! Islam juga menggalakkan kita banyak bertanya untuk mendapat ilmu.
Pastikan anda mempunyai ilmu supaya tidak tertipu. Tanya - tanya dan tanya lagi!

M bermaksud: MAKE SURE!

Pastikan anda melakukan kesemua di atas! Ulang kembali langkah N-O-S-C-A-M sehingga anda 100% berpuas hati dan rasa selamat dengan pelaburan anda. Sering kali mereka yang terjerat dengan SCAM, sebenarnya, sebelum menyertai telah ada "rasa tak sedap hati".
Tetapi, sebabkan perasaan "ingin tahu" dan juga "cepat kaya"
memenangi diri, maka, kita pun tertumpas dengan janji-janji manis SCAM.

Sekiranya anda tertipu dengan SCAM, bukan sahaja anda rugi WANG. tetapi, anda juga akan rugi MASA dan USAHA anda dalam memperolehi dan menjana wang tersebut! Dan yang penting juga, anda akan rugi dan kehilangan keyakinan anda dalam memulakan perniagaan dan pelaburan yang sebenar. Bila hilang keyakinan, self esteem akan kurang, dan kita mula stress... harapnya tidak terjadi pada kita ok?
:)

Baca kembali NO SCAM di atas dan fikirkan. Kalaulah semua kita ikuti langkah-langkah ini, insyaallah tiadalah yang terjerat dengan SCAM-SCAM yang berlaku keliling kita.

Bagi anda yang pernah terkena SCAM (harapnya tidak ramai lah dari pembaca blog saya:)), apa kata anda rujuk semua di atas dan cuba jawab point-point di atas. Adakah anda melakukan segalanya sebelum terkena SCAM tersebut?

* N - NAME
* O - OVER PROMISE
* S - SEARCH
* C - CONTACT
* A - ASK
* M - MAKE SURE!

Maklumat tambahan:

Bagi anda yang mempunyai blog, kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan sekiranya anda boleh masukkan artikel ini ke blog anda dan linkkan ke http://www.irfankhairi.com. Ini kerana, dengan ilmu sedikit extra formula N-O S-C-A-M ini, maka kita dapat kurangkan rakan-rakan kita yang lain dari terkena SCAM. Mudahan kita juga berhati-hati di masa yang akan datang!

Minyak Turun .....Tambang Teksi naik


PUTRAJAYA 17 Nov. – Kerajaan hari ini menurunkan lagi harga minyak sebanyak 15 sen berkuat kuasa esok, kali kelima sejak Ogos lalu sejajar dengan penurunan harga bahan api itu di pasaran dunia. [read more]

Terima Kasih KERAJAAN!

Tp tambang teksi akan dinaikkan.....huhuhuh....

The BoUnCHATTERZ!! BEWARE!!

LONDON: Satu kajian terbaru mendedahkan bahawa mereka yang berperut buncit dan mempunyai lemak berlebihan di sekeliling pinggang berdepan risiko dua kali ganda untuk mati pada usia muda.

Kajian membabitkan 350,000 orang di seluruh Eropah dan disiarkan Jurnal Perubatan New England edisi terbaru itu menyatakan, lebihan lemak di bahagian perut menjejaskan kesihatan walaupun jika seseorang itu tidak dikategorikan gemuk dan mempunyai berat badan keseluruhan yang normal.[read more]



BERHATI-HATI KEPADA AHLI KELAB THE BOUNCHATTERZ(pronounce:baun-cet-ter).
Semalam baru je surf2 internet pasal kenapa lelaki berperut buncit.Tp rata2 nya byk persoalan mengenai kena lelaki berperut buncit selepas kahwin.Tp bagi yang belom kawen naper lak ramai yang buncit nie?(adakah termasuk anda....ya...termasuk anda...hahaha).

Kenapa terjadinya perut buncit?
- kadar metabolism menurut setelah mencapai satu tahap optimum.
-kembung byk minum air( walaupon tiada laporan scientifix berkenaan ini...kalau ada sila kemukakan)
-dah la kadar metabolism kurang, malas nak senam lak tu.
-byk lagik sebenarnya, pi surf2.(kalau boleh bace blog nie kompem leh online...huhuhu)

antara alasan: ye la pi keje dah pagi2 , balik dah mlm.Penat lak tu, plus tensen keje lagik....mane sempat nak senam.Lagipon kalau jogging malam2 kan tak elok..udara malam sejuk...leh wat bahaya paru-paru....lagipon kan...kenapa nak berebut oksigen ngn tumbuh-tumbuhan....time mlm kan diorang nak sedut oksigen...nak jog pagi la..tp pagi tak sempat dah...(Ya Allah...pemalasnyer ko!)

Macam mane nak atasi masalah perut buncit ini?
-kompem la kena bersenam, sebab kadar metabolisme boleh ditingkatkan dengan melakukan aktiviti yang melibatkan sistem kardiovaskular( jantung, paru-paru, sistem pernafasan).Contoh senaman - jogging, berenang , men kejar-kejar, men baling selipar atau membuat latihan untuk demostrasi silat(hhehehe)
-ada motivasi tp susah nak turun kalau bersenam je...(mmg la metabolism dah sgt rendah, nak jump start pon payah) so leh la amik supplement yang sesuai. Contohnya amik protein, whey dan green tea.(Amalan ini harus diamalkan dengan senaman dan diet yang teratur).
-kalau malas tp kaya, boleh la pakai sauna belt atau vibrator(??) belt.Beli OGAWA atau brand mahal2.Kalau yang murah tak jd aper pon.Pakai sebelum tido atau time tgk TV.(Technology invented from laziness...huhuhu)
-dah la malas tak kaya lak tu, tgk statement nie;
Perbandingan yang dibuat ke atas pesakit dengan indeks jisim tubuh sama, menunjukkan bahawa risiko mati pada usia muda meningkat apabila ukur lilit pinggang mereka semakin besar.
P/S:
-Perempuan buncit - selalunya sebab dibuncitkan oleh lelaki( tak lama 9 bulan 10 hari je...hahahah)- kenyataan yang tidak dpt disangkal.
-Anyway , ramai gak ckp buncit tu seksi...eh btul ker??

Keputusan UPSR

PUTRAJAYA 13 Nov. – Seramai 46,641 atau 9.2 peratus daripada 518,616 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom berkata, keputusan itu adalah lebih baik berbanding purata 7.8 peratus calon yang mencapai keputusan sama untuk tempoh lima tahun sebelumnya........[read more]

TAHNIAH buat adik2 yang baru sahaja mengambil keputusan peperiksaan UPSR minggu ini.Bagi yang berjaya tahniah diucapkan.Bagi yang tidak dpt mencapai keputusan yang memberansangkan, UPSR bukanlah peperiksaan terakhir anda.

Sinopsis PEPERIKSAAN BESAR di Malaysia.

UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah - merupakan satu ujian penting untuk melangkahkan kaki ke sekolah yang berprestij di Malaysia; SBP, MRSM, Sekolah Premier atau sekolah harian biasa.Ujian ini bertujuan melatih pelajar sekolah meletakkan matlamat dalam kehidupan mereka.

PMR - Penilaian Menengah Rendah - ujian penting untuk melayakkan diri ke aliran matlamat kerjaya.Selepas daripada ujian ini, bagi yang mendapat keputusan yang baik, peluang untuk mendapat aliran yang disukai adalah amat besar.Aliran sains tulen, sains teknikal atau sains pertanian adalah matlamat utama kerana peluang kerjaya adalah lebih besar di dalam bidang ini.Dari peperiksaan ini, mendapat peluang ke SBP atau MRSM menjadi matlamat utama bagi mereka yang bersekolah di Sekolah Premier atau Sekolah Harian.

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia - kejayaan mendapat keputusan cemerlang dlm ujian ini membolehkan anda mendapat tempat di Universiti pilihan anda dan juga peluang cerah memperolehi biasiswa.Biasiswa dan Universiti yang terbaik adalah matlamat si peringkat ini.Bagi yang kurang berjaya STPM masih ada dihadapan untuk anda melanjutkan pelajaran.

Kesimpulannya, peluang belajar tidak pernah putus jika anda ada kemahuan.Jika tidak berjaya sekarang bukan bermakna tidak berjaya selama-lamanya.Kegagalan adalah permulaan satu kejayaan.Tanpa kegagalan mungkin kita belum bersedia menerima kejayaan. Dimana juga kita, kejayaan pasti boleh dikecapi jika ada matlamat dan arah tujuan.

Bagi yang tengah menghadapi SPM, selamat berjaya, kerana anda telah berusaha.

Finding Nemo or Finding Neverland?


Hidup ibarat cuaca.Bukan selalu cerah.Kengkadang mendung.Kengkadang hujan.Jarang menjadi ribut ataupun taufan, apatah lagi tsunami, walaupun itu bukan mustahil.

Cuaca adalah emosi alam.Menitiskan airmata hujan kerana sedih dengan perlakuan manusia yang makin menggila.Kadang-kadang alam marah.Tidak tertahan dengan tidak tanduk liar manusia durjana. Maka, meletuslah lahar gunung berapi, mengamuklah taufan dan ribut, mengganas jua tsunami di laut lepas.Tapi selalunya cuaca menjadi cerah dan ceria semula.Marahnya tidak lama.Ibarat ada pelangi selepas hujan.

Manusia juga begitu.Adakah menjadi karma cuaca dan emosi adalah sama?.Manusia menangis, gembira, tertawa, dan kadang kala terlupa.Tetapi kenapa ada pelangi? Kerana disitu ada KEMAAFAN.

Pengurangan Caruman KWSP, satu tindakan bijak??


Nisbah jumlah caruman sedia ada sekarang adalah 11% - pekerja , 12% - majikan.
Jika pengurangan caruman dilaksanakan , 8% - pekerja , 12% - majikan.(berkuatkuasa Januari 2009-December 2010)

Persoalannya....mengapakah perlu diadakan pengurangan caruman?

Kelebihan
1- meningkatkan kuasa membeli di kalangan rakyat, dengan peningkatan kuasa membeli ini maka suntikan ekonomi terhadap negara adalah meningkat, walaupun marginnya adalah sgt kecil.

2- mengurangkan bebanan rakyat dikala keadaan ekonomi kurang stabil, tambahan RM60 sebulan( jika gaji RM2000 sebulan, ditolak 8%-KWSP).

Kekurangan

1-Kempen jimat cermat dan usulan untuk rakyat menabung menjadi satu kempen yang kurang praktikal.Rakyat yang mendapat duit lebihan ini akan terus membelanjakan wang yang ada untuk keperluan dan kehendak masing-masing.Mungkin ini yang diperlukan oleh kerajaan, Kuasa Membeli Rakyat.Jika inginkan kuasa membeli rakyat, maka turunkan kebanyakkan harga bahan mentah, minyak dan juga tambang pengangkutan awam.

2-Objektif utama KWSP untuk tabungan masa tua adalah tidak praktikal.Sekiranya KWSP adalah satu-satunya simpanan wajib yang ada pada rakyat, maka jumlah tabungannya adalah berkurangan sebanyak 3% sebulan.Jika 2 tahun dilaksanakan(sebulan RM60x12bulanx2tahun) RM1440 tidak dapat disimpan.Apakah perbezaan RM 1440 ini ? Jika di simpan dan dividen atau keuntungan setahun adalah 10% maka kita dapat menyimpan sebyk RM 1774.Ini adalah tidak termasuk compound interest jika jumlah ini disimpan selama 20 tahun.Jika ingin menyimpan sendiri, adakah jumlah ini dpt dicapai?

3-Rakyat yang tidak mahu pengurangan dilakukan mengalami tugas tambahan untuk mengisi borang untuk memaklumkan kepada KWSP. Ini bermakna secara asalnya, semua orang diwajibkan membuat pengurangan.Sepatutnya, kita diberi pilihan, sekiranya mahu membuat pengurangan atas keputusan sendiri maka barulah dimaklumkan kepada KWSP, kerana anda mahu wang lebih, maka anda perlu berusaha untuk mendapatkannya.

Kesimpulannya... adakah langkah ini satu langkah bijak?

Lu pikir la sendirik!!

jutawan blogger

Kedai Niaga Online!

Final Promotion!!MousePad


Last Promotion!!

1 units Silat mouse pad/Personal design for only RM22.
After today, the price is RM25 with minimum 5 unit per order(leh kumpul berapa byk design pon)

Promotion end midnite 11590m 3/11/08.

Hurry up.Make ur own design at cheap price.(Letak muka sendirik pon leh kalau nak).

Msg/Call me: 012-349 2177@ email ask_what@hotmail.com


P/S: Mousepad akan dihantar terus ke dlm pos box depan rumah anda.hhuhuhu...menarik!