Nisbah jumlah caruman sedia ada sekarang adalah 11% - pekerja , 12% - majikan.
Jika pengurangan caruman dilaksanakan , 8% - pekerja , 12% - majikan.(berkuatkuasa Januari 2009-December 2010)
Persoalannya....mengapakah perlu diadakan pengurangan caruman?
Kelebihan
1- meningkatkan kuasa membeli di kalangan rakyat, dengan peningkatan kuasa membeli ini maka suntikan ekonomi terhadap negara adalah meningkat, walaupun marginnya adalah sgt kecil.
2- mengurangkan bebanan rakyat dikala keadaan ekonomi kurang stabil, tambahan RM60 sebulan( jika gaji RM2000 sebulan, ditolak 8%-KWSP).
Kekurangan
1-Kempen jimat cermat dan usulan untuk rakyat menabung menjadi satu kempen yang kurang praktikal.Rakyat yang mendapat duit lebihan ini akan terus membelanjakan wang yang ada untuk keperluan dan kehendak masing-masing.Mungkin ini yang diperlukan oleh kerajaan, Kuasa Membeli Rakyat.Jika inginkan kuasa membeli rakyat, maka turunkan kebanyakkan harga bahan mentah, minyak dan juga tambang pengangkutan awam.
2-Objektif utama KWSP untuk tabungan masa tua adalah tidak praktikal.Sekiranya KWSP adalah satu-satunya simpanan wajib yang ada pada rakyat, maka jumlah tabungannya adalah berkurangan sebanyak 3% sebulan.Jika 2 tahun dilaksanakan(sebulan RM60x12bulanx2tahun) RM1440 tidak dapat disimpan.Apakah perbezaan RM 1440 ini ? Jika di simpan dan dividen atau keuntungan setahun adalah 10% maka kita dapat menyimpan sebyk RM 1774.Ini adalah tidak termasuk compound interest jika jumlah ini disimpan selama 20 tahun.Jika ingin menyimpan sendiri, adakah jumlah ini dpt dicapai?
3-Rakyat yang tidak mahu pengurangan dilakukan mengalami tugas tambahan untuk mengisi borang untuk memaklumkan kepada KWSP. Ini bermakna secara asalnya, semua orang diwajibkan membuat pengurangan.Sepatutnya, kita diberi pilihan, sekiranya mahu membuat pengurangan atas keputusan sendiri maka barulah dimaklumkan kepada KWSP, kerana anda mahu wang lebih, maka anda perlu berusaha untuk mendapatkannya.
Kesimpulannya... adakah langkah ini satu langkah bijak?
Lu pikir la sendirik!!
Anonymous Says:
itu tindakan x bijak bro..bulan2 skit je aku save..
baik aku simpan dlm kwsp
Posted on 2:31 PM
PANGLIMACYBER .Inc Says:
tau takper.....simpanan wajib je leh watkan kite nak saving....kalau sendiri payah gak
Posted on 9:55 AM