Finding Nemo or Finding Neverland?


Hidup ibarat cuaca.Bukan selalu cerah.Kengkadang mendung.Kengkadang hujan.Jarang menjadi ribut ataupun taufan, apatah lagi tsunami, walaupun itu bukan mustahil.

Cuaca adalah emosi alam.Menitiskan airmata hujan kerana sedih dengan perlakuan manusia yang makin menggila.Kadang-kadang alam marah.Tidak tertahan dengan tidak tanduk liar manusia durjana. Maka, meletuslah lahar gunung berapi, mengamuklah taufan dan ribut, mengganas jua tsunami di laut lepas.Tapi selalunya cuaca menjadi cerah dan ceria semula.Marahnya tidak lama.Ibarat ada pelangi selepas hujan.

Manusia juga begitu.Adakah menjadi karma cuaca dan emosi adalah sama?.Manusia menangis, gembira, tertawa, dan kadang kala terlupa.Tetapi kenapa ada pelangi? Kerana disitu ada KEMAAFAN.

2 comments:

  1. Anonymous Says:

    OMG..

    tuka layout baru nampak!!

    Posted on 12:58 PM  

    PANGLIMACYBER .Inc Says:

    skit2 baru belajar...ahahah

    Posted on 1:07 AM