Keputusan UPSR

PUTRAJAYA 13 Nov. – Seramai 46,641 atau 9.2 peratus daripada 518,616 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom berkata, keputusan itu adalah lebih baik berbanding purata 7.8 peratus calon yang mencapai keputusan sama untuk tempoh lima tahun sebelumnya........[read more]

TAHNIAH buat adik2 yang baru sahaja mengambil keputusan peperiksaan UPSR minggu ini.Bagi yang berjaya tahniah diucapkan.Bagi yang tidak dpt mencapai keputusan yang memberansangkan, UPSR bukanlah peperiksaan terakhir anda.

Sinopsis PEPERIKSAAN BESAR di Malaysia.

UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah - merupakan satu ujian penting untuk melangkahkan kaki ke sekolah yang berprestij di Malaysia; SBP, MRSM, Sekolah Premier atau sekolah harian biasa.Ujian ini bertujuan melatih pelajar sekolah meletakkan matlamat dalam kehidupan mereka.

PMR - Penilaian Menengah Rendah - ujian penting untuk melayakkan diri ke aliran matlamat kerjaya.Selepas daripada ujian ini, bagi yang mendapat keputusan yang baik, peluang untuk mendapat aliran yang disukai adalah amat besar.Aliran sains tulen, sains teknikal atau sains pertanian adalah matlamat utama kerana peluang kerjaya adalah lebih besar di dalam bidang ini.Dari peperiksaan ini, mendapat peluang ke SBP atau MRSM menjadi matlamat utama bagi mereka yang bersekolah di Sekolah Premier atau Sekolah Harian.

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia - kejayaan mendapat keputusan cemerlang dlm ujian ini membolehkan anda mendapat tempat di Universiti pilihan anda dan juga peluang cerah memperolehi biasiswa.Biasiswa dan Universiti yang terbaik adalah matlamat si peringkat ini.Bagi yang kurang berjaya STPM masih ada dihadapan untuk anda melanjutkan pelajaran.

Kesimpulannya, peluang belajar tidak pernah putus jika anda ada kemahuan.Jika tidak berjaya sekarang bukan bermakna tidak berjaya selama-lamanya.Kegagalan adalah permulaan satu kejayaan.Tanpa kegagalan mungkin kita belum bersedia menerima kejayaan. Dimana juga kita, kejayaan pasti boleh dikecapi jika ada matlamat dan arah tujuan.

Bagi yang tengah menghadapi SPM, selamat berjaya, kerana anda telah berusaha.

0 comments: