The BoUnCHATTERZ!! BEWARE!!

LONDON: Satu kajian terbaru mendedahkan bahawa mereka yang berperut buncit dan mempunyai lemak berlebihan di sekeliling pinggang berdepan risiko dua kali ganda untuk mati pada usia muda.

Kajian membabitkan 350,000 orang di seluruh Eropah dan disiarkan Jurnal Perubatan New England edisi terbaru itu menyatakan, lebihan lemak di bahagian perut menjejaskan kesihatan walaupun jika seseorang itu tidak dikategorikan gemuk dan mempunyai berat badan keseluruhan yang normal.[read more]



BERHATI-HATI KEPADA AHLI KELAB THE BOUNCHATTERZ(pronounce:baun-cet-ter).
Semalam baru je surf2 internet pasal kenapa lelaki berperut buncit.Tp rata2 nya byk persoalan mengenai kena lelaki berperut buncit selepas kahwin.Tp bagi yang belom kawen naper lak ramai yang buncit nie?(adakah termasuk anda....ya...termasuk anda...hahaha).

Kenapa terjadinya perut buncit?
- kadar metabolism menurut setelah mencapai satu tahap optimum.
-kembung byk minum air( walaupon tiada laporan scientifix berkenaan ini...kalau ada sila kemukakan)
-dah la kadar metabolism kurang, malas nak senam lak tu.
-byk lagik sebenarnya, pi surf2.(kalau boleh bace blog nie kompem leh online...huhuhu)

antara alasan: ye la pi keje dah pagi2 , balik dah mlm.Penat lak tu, plus tensen keje lagik....mane sempat nak senam.Lagipon kalau jogging malam2 kan tak elok..udara malam sejuk...leh wat bahaya paru-paru....lagipon kan...kenapa nak berebut oksigen ngn tumbuh-tumbuhan....time mlm kan diorang nak sedut oksigen...nak jog pagi la..tp pagi tak sempat dah...(Ya Allah...pemalasnyer ko!)

Macam mane nak atasi masalah perut buncit ini?
-kompem la kena bersenam, sebab kadar metabolisme boleh ditingkatkan dengan melakukan aktiviti yang melibatkan sistem kardiovaskular( jantung, paru-paru, sistem pernafasan).Contoh senaman - jogging, berenang , men kejar-kejar, men baling selipar atau membuat latihan untuk demostrasi silat(hhehehe)
-ada motivasi tp susah nak turun kalau bersenam je...(mmg la metabolism dah sgt rendah, nak jump start pon payah) so leh la amik supplement yang sesuai. Contohnya amik protein, whey dan green tea.(Amalan ini harus diamalkan dengan senaman dan diet yang teratur).
-kalau malas tp kaya, boleh la pakai sauna belt atau vibrator(??) belt.Beli OGAWA atau brand mahal2.Kalau yang murah tak jd aper pon.Pakai sebelum tido atau time tgk TV.(Technology invented from laziness...huhuhu)
-dah la malas tak kaya lak tu, tgk statement nie;
Perbandingan yang dibuat ke atas pesakit dengan indeks jisim tubuh sama, menunjukkan bahawa risiko mati pada usia muda meningkat apabila ukur lilit pinggang mereka semakin besar.
P/S:
-Perempuan buncit - selalunya sebab dibuncitkan oleh lelaki( tak lama 9 bulan 10 hari je...hahahah)- kenyataan yang tidak dpt disangkal.
-Anyway , ramai gak ckp buncit tu seksi...eh btul ker??

0 comments: