Syndrom Tin Kosong


Baru je sampai umah selepas ber'weekend' yang dipenuhi dengan kenduri perkahwinan rakan-rakan sekolah dulu.Rata-rata member semua berumur 24 tahun dan mereka telah berkahwin.Sepasang kawan sekolah rendah(in fact berkawin sesama member satu kelas) telah pon menimang cahaya mata yang sgt comel berusia 6 bulan...welcome to the world, Alisya.

Kawan yang berkahwin di JB ini juga, Yati dan Ezat, kedua-duanya adalah sahabat di sekolah rendah dahulu.Sama-sama satu kelas.End up to be in jinjang pelamin together.Kecil betul dunia dan dekat betul jodoh. Cam cikgu sekolah rendah 6A kesayangan kami selalu berckp , "korang nie tak berkembang langsung, kawen pon satu kelas". mmg btul pon, skrang dah 2 pasangan satu kelas 6A telah berkahwin. Anyway, tahniah!!

Kol 2 ptg, di Melaka, kawan sekolah Sains Muar, Azmi aka KOPEN aka PakCik juga telah selamat diijabkabulkan.Alhamdulillah.Time tu juga la mencari rakan2 sekolah yang dah lama tak jumpe.MAsing-masing bawak pasangan masing2.Ingatkan just kapel je, but rupenye 2 org dah kawen, 2 orng lagi akan kawen awal tahun depan.WAHHAHHAHAHA!!

Mereka yang dah kawen nie, dan yang nak melangsungkan perkahwinan akan datang bukan la jenis yang kecoh disekolah dahulu.Takder pon berkapel sana sini.Tau2 dah kawen dah.Ktrg(jantan2 macho la konon, tp end up tak der calon pon lagik...huhu) agak kecewa dengan diri sendiri.Ibarat tin kosong. Berdentam dentum.tp kosong takder isi.

Aderh, bile nak kawen?Anyway, Tahniah buat YATI dan EZAT, KOPEN dan isteri, MALUN dan isteri, TAKEL dan isteri, AZIZI dan bakal isteri, NIK dan bakal isteri.Kami doakan kamu semua bahagia dan jodoh berpanjangan sehingga ke syurga.AMIN.

0 comments: