IP MAN:Intenet Protocol Man?

Masih teruja dengan crite yang baru ditanyangkan minggu lepas...pasal Win Chun..sseni pertahankan diri yang diamalkan oleh Bruce Lee.
Masih teruja...
dan terus teruja....
Rasa cam nak wat filem Cekak pasnie....

Bagusnya Krisis Ekonomi…?


Bagusnya Krisis Ekonomi…?

Posted: 21 Dec 2008 11:47 PM CST

Apabila sebut pasal “krisis/kegawatan ekonomi”, ramai yang akan berasa sedikit gementar dan resah. Maklumlah, terlalu banyak cerita-cerita yang negatif di laporkan di akhbar tentang kegawatan ekonomi.

Kes syarikat bangkrap. Kes berpuluh-puluh ribu pekerja hilang pekerjaan…. dan tidak ketinggalan juga, masalah rumah tangga dan kadar penceraian juga dikatakan meningkat secara mendadak sewaktu kegawatan ekonomi berlaku.

Fuh!.. memang seram jugak….

Tetapi, pada hakikatnya, di tengah-tengah suasana suram, gementar dan resah akibat kegawatan ekonomi ini, terdapat juga beberapa kebaikan yang muncul daripadanya.Antara kebaikan yang diperolehi dari kegawatan ekonomi ini ialah seperti :-

1.Harga saham menjadi murah

Dikala ramai yang panik dengan kejatuhan pasaran saham dan melarikan diri daripadanya. Pelabur-pelabur yang “bijak” mula meyerbu pasaran saham pada waktu ini. Pada waktu inilah nilai-nilai saham syarikat yang kukuh menjadi begitu murah. Ia menjadi murah bukan kerana bisnes syarikat tersebut terjejas dan akan menjadi bangkrap akan kegawatan ekonomi.. tetapi ia menjadi murah kerana ramai orang yang panik dan menjualkan pegangan saham mereka.

2. Harga hartanah menjadi murah

Disebabkan kegawatan ekonomi, maka akan ada ramai pekerja yang dibuang kerja. Tidak banyak.. sedikit, pasti akan ada individu yang terpaksa menjualkan dan melelong rumah mereka. Cuma bilangan rumah lelong pada zaman kegawatan ini akan lebih banyak dan bertambah berbanding sewaktu ekonomi sedang baik. Jadi, bagi mereka yang mempunyai duit lebih yang “banyak”, bolehlah membeli hartanah-hartanah ini. Selepas 3-4 tahun, selepas ekonomi pulih, kekayaan mereka akan bertambah, selaras dengan kenaikan nilai hartanah tersebut.

3. Orang akan menjadi lebih kreatif

Sedar atau tidak, kita selalunya akan menjadi lebih kreatif apabila berada di dalam keadaan tertekan. Jika dulu tidak pernah terfikir untuk membuat kerja sambilan, tetapi apabila dengar pihak syarikat sedang mula membuat penilaian untuk mengurangkan bilangan pekerja.. otak kita akan mula berfikir dengan ligat. Pelbagai idea untuk menjana pendapatan sampingan akan muncul di fikiran seperti jerawat cendawan tumbuh selepas hujan. Nak jual burger? Join MLM? Jual Insurans? Buat kelas tuisyen? Menulis blog? Berniaga di pasar malam? dan bermacam-macam lagi..

4. Industri Perniagaan Internet akan berkembang

Rosalind Gardner (super affiliate guru) meramalkan, pada tahun hadapan (sewaktu kegawatan ekonomi) , ebay & affiliate program akan diserbu oleh orang ramai. Lebih ramai orang akan “menyelongkari” internet dan mencuba untuk menghasilkan pendapatan sampingan menerusinya. Perkara ini, akan banyak mempengaruhi perkembangan industri perniagaan internet. Pad atahun hadapan, akan lebih banyak “blog buat duit” akan dibina, lebih banyak orang akan menjual barang di ebay, dan mungkin juga, akan lebih banyak ebook yang akan dihasilkan.

Kesimpulannya, apabila kegawatan ekonomi berlaku, pasti akan ada pihak yang rugi dan akan ada pihak yang untung. Pihak yang untung pula selalunya adalah terdiri dari mereka yang bijak melihat & mengambil peluang. Orang yang bijak mengambil peluang ini pula, selalunya adalah orang yang gemar melihat sesuatu itu dari perspektif yang positif.

Ringkasnya!… sentiasa positifkan diri anda! Insyallah banyak manfaat yang akan anda perolehi! Yosh!



Petikan daripada http://www.mohdsuhaimy.com/ .
Mohd Shuhaimy atau Shuth adalah IM sepenuh masa dan seorang motivator IM.
*IM=Internet Marketer / Peniaga Jaringan / Business secara Online.

Smile, my friend!

No update...

No update yet...busy updating 26sites + 19 incoming sites! All have to be completed in 8 days!INSANE!

JOM KLIK!!!


Bermula 1 Januari 2009, peraturan pemakaian tali pinggang keledar tempat duduk belakang akan dikuatkuasakan ke atas semua jenis kenderaan kecuali kenderaan-kenderaan seperti berikut:

  1. kenderaan yang didaftarkan sebelum 1 Januari 1995;
  2. kenderaan yang didaftarkan selepas 1 Januari 1995, tetapi tidak dilengkapi dengan anchorage points;
  3. kenderaan komersil termasuk teksi dan kereta sewa;
  4. kenderaan penumpang yang mempunyai lebih dari 8 tempat duduk tidak termasuk tempat duduk pemandu; dan
  5. kenderaan barangan yang mempunyai had muatan barangan melebihi 3.5 tan.
Baca Selanjutnya..........

So kawan-kawan....meh sama2 kita ingat mengingati...kang sesia kena saman......JOM KLIK!!

Baju Korporat Cekak Hanafi


APA?: BAJU KORPORAT CEKAK HANAFI
KENAPA?: UNTUKMAJLIS2 FORMAL PERSATUAN, e.g HARI TENAGA PENGAJAR
BERAPA?: RM75 (siap sedia) , RM85/RM95(tempahan sendiri)
SAIZNYA:? M(30 unit) , L(30 unit) ,XL(30 unit) ,XXL(10 unit)
BILA?:Sebelum 17hb Dec 2008 (hari akhir tempahan melalui BERN)
SIAPA:?Beri nama kepada BERN/ASWAD (012-349 2177)

Weekly update(Last week je..hahah)



Last week update:

7/12/08 - Family Gathering at Pahang, also with 'new' family.
8/12/08 - SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA!! - pening pas mkn byk sgt ketupat palas/pulut.Back to KL
9-12/12/08- Cuti cancelled.Projek byk.Dok opis n kuar drive sekitar KL.Aik cuti pon jem!aderh!
13/12/08 - Bercuti di Kuala Kangsar. Beli labu sayong.
14/12/08 - Pi survey untuk camping alumni kat KALUMPANG, Ulu Selangor. Bapak best tempat nie...walaupon mahal skit...huhuhu.....

Dah tu je.

Selamat Hari Lahir, Sahabat!

Sahabat,
Moga anda dipanjangkan umur dan beroleh kebahagiaan dan dipermudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat.AMIN!

Just FOR U!!

Buat Kad Kawen Sendiri

Syndrom Tin Kosong


Baru je sampai umah selepas ber'weekend' yang dipenuhi dengan kenduri perkahwinan rakan-rakan sekolah dulu.Rata-rata member semua berumur 24 tahun dan mereka telah berkahwin.Sepasang kawan sekolah rendah(in fact berkawin sesama member satu kelas) telah pon menimang cahaya mata yang sgt comel berusia 6 bulan...welcome to the world, Alisya.

Kawan yang berkahwin di JB ini juga, Yati dan Ezat, kedua-duanya adalah sahabat di sekolah rendah dahulu.Sama-sama satu kelas.End up to be in jinjang pelamin together.Kecil betul dunia dan dekat betul jodoh. Cam cikgu sekolah rendah 6A kesayangan kami selalu berckp , "korang nie tak berkembang langsung, kawen pon satu kelas". mmg btul pon, skrang dah 2 pasangan satu kelas 6A telah berkahwin. Anyway, tahniah!!

Kol 2 ptg, di Melaka, kawan sekolah Sains Muar, Azmi aka KOPEN aka PakCik juga telah selamat diijabkabulkan.Alhamdulillah.Time tu juga la mencari rakan2 sekolah yang dah lama tak jumpe.MAsing-masing bawak pasangan masing2.Ingatkan just kapel je, but rupenye 2 org dah kawen, 2 orng lagi akan kawen awal tahun depan.WAHHAHHAHAHA!!

Mereka yang dah kawen nie, dan yang nak melangsungkan perkahwinan akan datang bukan la jenis yang kecoh disekolah dahulu.Takder pon berkapel sana sini.Tau2 dah kawen dah.Ktrg(jantan2 macho la konon, tp end up tak der calon pon lagik...huhu) agak kecewa dengan diri sendiri.Ibarat tin kosong. Berdentam dentum.tp kosong takder isi.

Aderh, bile nak kawen?Anyway, Tahniah buat YATI dan EZAT, KOPEN dan isteri, MALUN dan isteri, TAKEL dan isteri, AZIZI dan bakal isteri, NIK dan bakal isteri.Kami doakan kamu semua bahagia dan jodoh berpanjangan sehingga ke syurga.AMIN.

Malaysia A1 GP, Sepang


What: MALAYSIA A1 GP
When: 22th Nov 2008
Where: Sepang , Malaysia
Why: Sprint Race at 11am , Final Race at 3pm.

Anyway, Fairuz whose represented Malaysia should make better decision and be more cooperative with pit-stop team. If that so, we might get No 3 at least.
But then, may more luck come in near future for us.!

Ape dah jd pada F1 Malaysia?

p/s: nmpk alex yoong berjalan2 bersama keluarga di pit way sebelum race start.Nak memberi pendedahan kepada anaknya kot...

Sorry, video quality quite bad.Just dengar bunyik jel la.


Rolling Start!!


Passing By!!

Kalau EPF anda dipotong.......

Pemotongan EPF dari 11% kepada 8%


Anggarkan pendapatan bulanan anda adalah RM4000.

- Jika pemotongan EPF anda adalah 11% ( RM440 ), tax yang akan anda dikenakan berdasarkan= RM3560, jadi bayarannya = RM77.
- Jika pemotongan EPF anda adalah 8% ( RM320 ), tax yang akan anda dikenakan berdasarkan = RM3680, jadi bayarannya = RM109.
Kesimpulannya?

Jika anda memilih untuk membuat pemotongan EPF sebanyak 8% berdasarkan saranan kerajaan, ia akan diahiri dengan pengenaan cukai pendapatan yang lebih tinggi kepada kerajaan. Pendek kata menjadikan kerajaan lebih kaya,

Kemukakan pendapat anda sekalian.

Sesuatu yang perlu difikirkan......

Dari Forum TanyaSifu.com

CICAKMAN 2: PLANET HITAM




CICAKMAN 2:PLANET HITAM



TYCO KEMBALI!!!!



Tak sabar nak tunggu CICAKMAN 2 release bulan depan. Soundtrack pon best2. Jom wat rombongan Cik Kiah ke Cineleisure Damansara jom!!huhuhu...

Masih mengagumi KRU.

Chak Chak Chak!!

N-O S-C-A-M - Ambil Tahu!!



=========================================================
Cara mengelakkan diri daripada tertipu di Internet (SCAM) =========================================================
Oleh: Irfan Khairi


Sahabat, dalam mengumpul kewangan dan menambahkan kekayaan, kita bukan sahaja sepatutnya fikir bagaimana nak invest, bagaimana nak jimat wang, bagaimana nak tambahkan pendapatan, dan sebagainya...
tetapi, kita perlu juga fikir bagaimana tidak mahu rugi/hilang/burn wang kita...

Contoh:

* meminjam wang pada kawan, dan pinjaman tidak di bayar
(mungkin anda pernah terkena!)
* membuat pelaburan yang jelas merugikan (seperti beli rumah
untuk disewa di kawasan tiada permintaan)
* tertipu dengan program-program Inetrnet atau dikenali sebagai
SCAM

Tip saya kali ini, hendak kongsikan pada anda satu "formula" supaya kita tidak rugi/hilang/burn duit kita pada SCAM (penipuan). Formula ini berbunyi: NO SCAM!

N-O S-C-A-M

N bermaksud: NAME.

Siapakah nama di sebalik sesuatu pelaburan atau peluang perniagaan tersebut. Sering kali, SCAM dilakukan oleh mereka yang suka menyorokkan identiti mereka. Jadi, pastikan anda ketahui nama sebenar dan juga maklumat peribadi siapakah yang mengendalikan sesuatu pelaburan atau peluang menjana pendapatan itu.

O bermaksud: OVER PROMISE.

OVER PROMISE. Pelaburan atau peluang yang menjana pendapatan yang diberikan adakah ianya over promising? Atau janji yang lebih-lebih dan tak masuk akal? Ketahui bahawa menjana pendapatan yang lumayan bukanlah perkara yang mudah. Mana ada goyang kaki, duit masuk (melainkan bisnes menjahit). Kebanyakan SCAM akan menipu mangsa dnegan cara membuat janji-janji manis berlebihan, atau OVER PROMISE!

S bermaksud: SEARCH.

Internet penuh dengan maklumat-maklumat. Dan maklumat di Internet bersebar dengan pantas. Oleh itu, apa kata anda menggunakan kekuatan Internet ini untuk membuat sedikit research. Anda perlu membuat SEARCH atau CARIAN, terutamanya di Google.com. Masuk http://www.Google.com dan lakukan research dengan cara type nama pemilik program tersebut. Atau, typekan nama syarikat. Atau type nama program atau sistem yang digunakan.

Dengan hanya menggunakan SEARCH di google, anda pasti akan mengetahui banyak maklumat-maklumat seperti pelanggan tidak berpuas hati, dan sebagainya. Cara ini amatlah efektif, tetapi, sayangnya, ramai yang terjerat dalam SCAM, salah diri juga kerana tidak melakukan research, dengan hanya menggunakan SEARCH di GOOGLE.COM!

C bermaksud: CONTACT.

Pastikan anda mempunyai contact details lengkap syarikat atau perniagaan tersebut. Sekali lagi, mereka yang melakukan SCAM suka menyorok dan berselindung. Jarang sekali mereka dedahkan alamat, nombor telefon, cara hubungi, dan lain-lain. Sekiranya ada, apa kata anda cuba hubungi secara offline untuk memastikan kewujudan CONTACT details mereka. Ingat, wang anda dalam keadaan bahaya sekiranya tertipu. Oleh itu, apa kata usaha lebih sikit supaya tak terjerat!

A bermaksud: ASK.

Tanya orang ramai. Tanya kenalan-kenalan dan tanya juga pakar-pakar industri! Jangan hanya tanya kenalan yang mempromosikan sesuatu program tersebut, kerana mungkin mereka juga tertipu dengan SCAM.
Tanya orang lain juga supaya kita lebih banyak maklumat tentang sesuatu program sebelum melaburkan our hard earned money! Islam juga menggalakkan kita banyak bertanya untuk mendapat ilmu.
Pastikan anda mempunyai ilmu supaya tidak tertipu. Tanya - tanya dan tanya lagi!

M bermaksud: MAKE SURE!

Pastikan anda melakukan kesemua di atas! Ulang kembali langkah N-O-S-C-A-M sehingga anda 100% berpuas hati dan rasa selamat dengan pelaburan anda. Sering kali mereka yang terjerat dengan SCAM, sebenarnya, sebelum menyertai telah ada "rasa tak sedap hati".
Tetapi, sebabkan perasaan "ingin tahu" dan juga "cepat kaya"
memenangi diri, maka, kita pun tertumpas dengan janji-janji manis SCAM.

Sekiranya anda tertipu dengan SCAM, bukan sahaja anda rugi WANG. tetapi, anda juga akan rugi MASA dan USAHA anda dalam memperolehi dan menjana wang tersebut! Dan yang penting juga, anda akan rugi dan kehilangan keyakinan anda dalam memulakan perniagaan dan pelaburan yang sebenar. Bila hilang keyakinan, self esteem akan kurang, dan kita mula stress... harapnya tidak terjadi pada kita ok?
:)

Baca kembali NO SCAM di atas dan fikirkan. Kalaulah semua kita ikuti langkah-langkah ini, insyaallah tiadalah yang terjerat dengan SCAM-SCAM yang berlaku keliling kita.

Bagi anda yang pernah terkena SCAM (harapnya tidak ramai lah dari pembaca blog saya:)), apa kata anda rujuk semua di atas dan cuba jawab point-point di atas. Adakah anda melakukan segalanya sebelum terkena SCAM tersebut?

* N - NAME
* O - OVER PROMISE
* S - SEARCH
* C - CONTACT
* A - ASK
* M - MAKE SURE!

Maklumat tambahan:

Bagi anda yang mempunyai blog, kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan sekiranya anda boleh masukkan artikel ini ke blog anda dan linkkan ke http://www.irfankhairi.com. Ini kerana, dengan ilmu sedikit extra formula N-O S-C-A-M ini, maka kita dapat kurangkan rakan-rakan kita yang lain dari terkena SCAM. Mudahan kita juga berhati-hati di masa yang akan datang!

Minyak Turun .....Tambang Teksi naik


PUTRAJAYA 17 Nov. – Kerajaan hari ini menurunkan lagi harga minyak sebanyak 15 sen berkuat kuasa esok, kali kelima sejak Ogos lalu sejajar dengan penurunan harga bahan api itu di pasaran dunia. [read more]

Terima Kasih KERAJAAN!

Tp tambang teksi akan dinaikkan.....huhuhuh....

The BoUnCHATTERZ!! BEWARE!!

LONDON: Satu kajian terbaru mendedahkan bahawa mereka yang berperut buncit dan mempunyai lemak berlebihan di sekeliling pinggang berdepan risiko dua kali ganda untuk mati pada usia muda.

Kajian membabitkan 350,000 orang di seluruh Eropah dan disiarkan Jurnal Perubatan New England edisi terbaru itu menyatakan, lebihan lemak di bahagian perut menjejaskan kesihatan walaupun jika seseorang itu tidak dikategorikan gemuk dan mempunyai berat badan keseluruhan yang normal.[read more]



BERHATI-HATI KEPADA AHLI KELAB THE BOUNCHATTERZ(pronounce:baun-cet-ter).
Semalam baru je surf2 internet pasal kenapa lelaki berperut buncit.Tp rata2 nya byk persoalan mengenai kena lelaki berperut buncit selepas kahwin.Tp bagi yang belom kawen naper lak ramai yang buncit nie?(adakah termasuk anda....ya...termasuk anda...hahaha).

Kenapa terjadinya perut buncit?
- kadar metabolism menurut setelah mencapai satu tahap optimum.
-kembung byk minum air( walaupon tiada laporan scientifix berkenaan ini...kalau ada sila kemukakan)
-dah la kadar metabolism kurang, malas nak senam lak tu.
-byk lagik sebenarnya, pi surf2.(kalau boleh bace blog nie kompem leh online...huhuhu)

antara alasan: ye la pi keje dah pagi2 , balik dah mlm.Penat lak tu, plus tensen keje lagik....mane sempat nak senam.Lagipon kalau jogging malam2 kan tak elok..udara malam sejuk...leh wat bahaya paru-paru....lagipon kan...kenapa nak berebut oksigen ngn tumbuh-tumbuhan....time mlm kan diorang nak sedut oksigen...nak jog pagi la..tp pagi tak sempat dah...(Ya Allah...pemalasnyer ko!)

Macam mane nak atasi masalah perut buncit ini?
-kompem la kena bersenam, sebab kadar metabolisme boleh ditingkatkan dengan melakukan aktiviti yang melibatkan sistem kardiovaskular( jantung, paru-paru, sistem pernafasan).Contoh senaman - jogging, berenang , men kejar-kejar, men baling selipar atau membuat latihan untuk demostrasi silat(hhehehe)
-ada motivasi tp susah nak turun kalau bersenam je...(mmg la metabolism dah sgt rendah, nak jump start pon payah) so leh la amik supplement yang sesuai. Contohnya amik protein, whey dan green tea.(Amalan ini harus diamalkan dengan senaman dan diet yang teratur).
-kalau malas tp kaya, boleh la pakai sauna belt atau vibrator(??) belt.Beli OGAWA atau brand mahal2.Kalau yang murah tak jd aper pon.Pakai sebelum tido atau time tgk TV.(Technology invented from laziness...huhuhu)
-dah la malas tak kaya lak tu, tgk statement nie;
Perbandingan yang dibuat ke atas pesakit dengan indeks jisim tubuh sama, menunjukkan bahawa risiko mati pada usia muda meningkat apabila ukur lilit pinggang mereka semakin besar.
P/S:
-Perempuan buncit - selalunya sebab dibuncitkan oleh lelaki( tak lama 9 bulan 10 hari je...hahahah)- kenyataan yang tidak dpt disangkal.
-Anyway , ramai gak ckp buncit tu seksi...eh btul ker??

Keputusan UPSR

PUTRAJAYA 13 Nov. – Seramai 46,641 atau 9.2 peratus daripada 518,616 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom berkata, keputusan itu adalah lebih baik berbanding purata 7.8 peratus calon yang mencapai keputusan sama untuk tempoh lima tahun sebelumnya........[read more]

TAHNIAH buat adik2 yang baru sahaja mengambil keputusan peperiksaan UPSR minggu ini.Bagi yang berjaya tahniah diucapkan.Bagi yang tidak dpt mencapai keputusan yang memberansangkan, UPSR bukanlah peperiksaan terakhir anda.

Sinopsis PEPERIKSAAN BESAR di Malaysia.

UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah - merupakan satu ujian penting untuk melangkahkan kaki ke sekolah yang berprestij di Malaysia; SBP, MRSM, Sekolah Premier atau sekolah harian biasa.Ujian ini bertujuan melatih pelajar sekolah meletakkan matlamat dalam kehidupan mereka.

PMR - Penilaian Menengah Rendah - ujian penting untuk melayakkan diri ke aliran matlamat kerjaya.Selepas daripada ujian ini, bagi yang mendapat keputusan yang baik, peluang untuk mendapat aliran yang disukai adalah amat besar.Aliran sains tulen, sains teknikal atau sains pertanian adalah matlamat utama kerana peluang kerjaya adalah lebih besar di dalam bidang ini.Dari peperiksaan ini, mendapat peluang ke SBP atau MRSM menjadi matlamat utama bagi mereka yang bersekolah di Sekolah Premier atau Sekolah Harian.

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia - kejayaan mendapat keputusan cemerlang dlm ujian ini membolehkan anda mendapat tempat di Universiti pilihan anda dan juga peluang cerah memperolehi biasiswa.Biasiswa dan Universiti yang terbaik adalah matlamat si peringkat ini.Bagi yang kurang berjaya STPM masih ada dihadapan untuk anda melanjutkan pelajaran.

Kesimpulannya, peluang belajar tidak pernah putus jika anda ada kemahuan.Jika tidak berjaya sekarang bukan bermakna tidak berjaya selama-lamanya.Kegagalan adalah permulaan satu kejayaan.Tanpa kegagalan mungkin kita belum bersedia menerima kejayaan. Dimana juga kita, kejayaan pasti boleh dikecapi jika ada matlamat dan arah tujuan.

Bagi yang tengah menghadapi SPM, selamat berjaya, kerana anda telah berusaha.

Finding Nemo or Finding Neverland?


Hidup ibarat cuaca.Bukan selalu cerah.Kengkadang mendung.Kengkadang hujan.Jarang menjadi ribut ataupun taufan, apatah lagi tsunami, walaupun itu bukan mustahil.

Cuaca adalah emosi alam.Menitiskan airmata hujan kerana sedih dengan perlakuan manusia yang makin menggila.Kadang-kadang alam marah.Tidak tertahan dengan tidak tanduk liar manusia durjana. Maka, meletuslah lahar gunung berapi, mengamuklah taufan dan ribut, mengganas jua tsunami di laut lepas.Tapi selalunya cuaca menjadi cerah dan ceria semula.Marahnya tidak lama.Ibarat ada pelangi selepas hujan.

Manusia juga begitu.Adakah menjadi karma cuaca dan emosi adalah sama?.Manusia menangis, gembira, tertawa, dan kadang kala terlupa.Tetapi kenapa ada pelangi? Kerana disitu ada KEMAAFAN.

Pengurangan Caruman KWSP, satu tindakan bijak??


Nisbah jumlah caruman sedia ada sekarang adalah 11% - pekerja , 12% - majikan.
Jika pengurangan caruman dilaksanakan , 8% - pekerja , 12% - majikan.(berkuatkuasa Januari 2009-December 2010)

Persoalannya....mengapakah perlu diadakan pengurangan caruman?

Kelebihan
1- meningkatkan kuasa membeli di kalangan rakyat, dengan peningkatan kuasa membeli ini maka suntikan ekonomi terhadap negara adalah meningkat, walaupun marginnya adalah sgt kecil.

2- mengurangkan bebanan rakyat dikala keadaan ekonomi kurang stabil, tambahan RM60 sebulan( jika gaji RM2000 sebulan, ditolak 8%-KWSP).

Kekurangan

1-Kempen jimat cermat dan usulan untuk rakyat menabung menjadi satu kempen yang kurang praktikal.Rakyat yang mendapat duit lebihan ini akan terus membelanjakan wang yang ada untuk keperluan dan kehendak masing-masing.Mungkin ini yang diperlukan oleh kerajaan, Kuasa Membeli Rakyat.Jika inginkan kuasa membeli rakyat, maka turunkan kebanyakkan harga bahan mentah, minyak dan juga tambang pengangkutan awam.

2-Objektif utama KWSP untuk tabungan masa tua adalah tidak praktikal.Sekiranya KWSP adalah satu-satunya simpanan wajib yang ada pada rakyat, maka jumlah tabungannya adalah berkurangan sebanyak 3% sebulan.Jika 2 tahun dilaksanakan(sebulan RM60x12bulanx2tahun) RM1440 tidak dapat disimpan.Apakah perbezaan RM 1440 ini ? Jika di simpan dan dividen atau keuntungan setahun adalah 10% maka kita dapat menyimpan sebyk RM 1774.Ini adalah tidak termasuk compound interest jika jumlah ini disimpan selama 20 tahun.Jika ingin menyimpan sendiri, adakah jumlah ini dpt dicapai?

3-Rakyat yang tidak mahu pengurangan dilakukan mengalami tugas tambahan untuk mengisi borang untuk memaklumkan kepada KWSP. Ini bermakna secara asalnya, semua orang diwajibkan membuat pengurangan.Sepatutnya, kita diberi pilihan, sekiranya mahu membuat pengurangan atas keputusan sendiri maka barulah dimaklumkan kepada KWSP, kerana anda mahu wang lebih, maka anda perlu berusaha untuk mendapatkannya.

Kesimpulannya... adakah langkah ini satu langkah bijak?

Lu pikir la sendirik!!

jutawan blogger

Kedai Niaga Online!

Final Promotion!!MousePad


Last Promotion!!

1 units Silat mouse pad/Personal design for only RM22.
After today, the price is RM25 with minimum 5 unit per order(leh kumpul berapa byk design pon)

Promotion end midnite 11590m 3/11/08.

Hurry up.Make ur own design at cheap price.(Letak muka sendirik pon leh kalau nak).

Msg/Call me: 012-349 2177@ email ask_what@hotmail.com


P/S: Mousepad akan dihantar terus ke dlm pos box depan rumah anda.hhuhuhu...menarik!

Extended promotion time!!!





UPDATED DESIGN!! Extended Promotion Time: Last Order by 12:00pm 27/10/08.
3 new designs(dari kiri)
>silat red full
>silat red square
>silat red white

make your reservation by mail to me(ask_what@hotmail.com) @ sms me 012-349 2177

Makluman.......

Assalamualaikum. ..

Memandangkan LOGO ALUMNI PADA MOUSE PAD adalah Logo Yang BELOM RASMI. Maka dengan itu, design AlumniGreen( warna hijau+logo x rasmi alumni) adalah DITARIK BALIK dari TEMPAHAN.

Oleh itu anda boleh membuat tempahan untuk ALUMNIRED(warna merah+ahmad muhammad)bermula hari ini.Harga adalah RM22(termasuk RM1 untuk tabung alumni).

Sesiapa yang ingin membuat tempahan design sendiri(walaupon satu unit), boleh berbuat demikian juga dengan kadar segera.



Tawaran adalah terhad.

Alumni Mouse Pad-Get one now!

RED ALUMNI GREEN


Product Details

This 8" diameter round mousepad is made of a durable heat-resistant polyester fabric top, will keep your mouse rolling in style. Backed with a neoprene rubber non-slip backing, keeps the mousepad from sliding. The mousepad is 1/8" thick. It will not discolor or fade, machine

washable. The mousepad can also be used as a placemat.



Abadikan Gambar Kegemaran Anda diatas Mouse pad!



YO!!Berminat nak customize mouse pad sendiri?Mouse pad nak letak muka sendiri tp nak print sendiri dah mahal.nak cari material lagi.nak print satu rugi lak tu.So aper lagik.Meh hanto kat sini design2 yang anda minat ntuk diletakkan di mousepad seperti di bawah:









$8.99 / RM27 alumni blue/black/red
Product Details

This 9" x 7" rectangular mousepad is made of a durable heat-resistant polyester fabric top, will keep your mouse rolling in style. Backed with a neoprene rubber non-slip backing, keeps the mousepad from sliding. The mousepad is 1/8" thick. It will not discolor or fade, machine washable.

Ideal image size in pixels (W * H) :
Front(Center) : 900 x 700 or Higher




alumni blue Round Mousepad

$8.99 /RM27

alumni blue/black/red


Product Details

This 8" diameter round mousepad is made of a durable heat-resistant polyester fabric top, will keep your mouse rolling in style. Backed with a neoprene rubber non-slip backing, keeps the mousepad from sliding. The mousepad is 1/8" thick. It will not discolor or fade, machine washable. The mousepad can also be used as a placemat.

Ideal image size in pixels (W * H) :
Front(Center) : 800 x 800 or Higher

Harga Promosi untuk anda semua:

1)ALUMNI MOUSEPAD(Round/Petak): RM21.00(termasuk sumbangan untuk Tabung persatuan ALUMNICHMMU RM1 untuk setiap jualan)

2)DESIGN SENDIRI(Round/Petak):RM22.00(sila email(ask_what@hotmail.com) gambar yang hendak di abadikan di atas mouse pad mengikut ukuran yang tertera di Product Detail)

3)DESIGN UNTUK ALUMNI/PERSATUAN/PERSENDIRIAN MELEBIHI 5UNIT: RM 22.00(jika ada design yang lebih menarik untuk dikongsi, rebet RM1 untuk setiap order mousepad daripada design anda)

Untuk pembayaran, sila tranfer ke :
MAYBANK 162441038389,
CIMB 04060063030522
atau sesiapa ada PAYPAL lagik cun.terus tranfer kat ask_what@hotmail.com

Sila email kepada saya personally (ask_what@hotmail.com)
-design yang anda mahu(sedia ada/sendiri)
-gambar design mengikut size pada product description(kalau size terlalu kecik/ terlalu besar agak tak menarik, so bajet2 la size yang anda mahu)
-bukti pembayaran(masa, jumlah/transaction print screen)
-alamat rumah sendiri(kerana penghantaran adalah menggunakan international postage)


TAWARAN HANYA SEHINGGA 23/10/08.Selepas dari itu anda mungkin tidak dapat lagik tawaran seperti ini.Penghantaran adalah percuma buat setakat ini.Untuk makluman, barangan berkualiti ini diimport dari luar negara.So semua quotation dalam USD.

SELAMAT MENDESIGN!!!Jgn tunggu lama2 kay!!

Laksa Johor The Great!

Dah 13 hari dah kita beraya.Byk juga la mknn tradisi yang telah dilantak dan diternak didalam perut.Juadah wajib tahun nie adalah lemang dan laksa johor.Byk gak umah terbuka yang menghidangkan laksa Johor nie.

Kelebihan Laksa Johor Berbanding ngn laksa lain
1)mee yang digunakan adalah spagetti..melambangkan makanan barat pon boleh dimelayukan.
2)Cara makan sebenar laksa johor ini adalah menggunakan TANGAN, bukan sudu atau garfu.Cam mkn nasi jugak tp memerlukan skill untuk mencampurkan kuah dengan spagetti.Kalau terer takder baki kuah pon tinggal bile dah abes mkn sbb mee ngn kuah sama byk.Baru ngam!!
3)Spagetti letak sambal belacan.Mmg unik.Dan sgt sedap.

Jom kite tgk camne cara membuat laksa Johor nie.huhuhu...JOM MKN!!

Bahan-bahannya

500 gram atau 2 bungkus spageti, direbus hingga lembut

1 biji timun, dihiris bulat

Daun kesum, dihiris halus

Tauge, dicelur

Sedikit cili merah dan belacan, dibuat sambal

Limau kasturi


Bahan-bahan kuah

Minyak untuk menumis

5 biji bawang merah, dihiris

2 ulas bawang putih, dihiris

2.5 cm halia, dihiris

1 bungkus rempah kari ikan

1 mangkuk pati santan daripada sebiji kelapa

3 batang serai, dititik

2.5 cm lengkuas, dititik

1 hiris ikan parang, dipelah dua, dipanggang 3/4 masak dan dikisar

1 1/2 mangkuk santan cair

5 keping asam gelugur

200 g udang, direbus

50 sen udang kering

1/2 biji kelapa parut, dibuat kerisik

Garam secukupnya


Cara membuat kuahnya

1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.

2. Masukkan rempah kari dan kacau rata.

3. Masukkan pati santan, serai dan lengkuas. Biar kuah mendidih.

4. Masukkan isi ikan yang dikisar, kacau hingga sebati dan biar ia mendidih baru dimasukkan santan cair dan asam gelugur. Biar ia mendidih lagi baru dimasukkan udang, udang kering, kerisik dan garam. Masak hingga kuah pekat di atas api perlahan baru diangkat.

5. Hidangkan spageti bersama kuah dan bahan-bahan lain.

Dan inilah dia hasilnya.The Original Recipe of Laksa Johor.

Panduan Buat Duit Raya

Panduan Buat Duit Raya

Bahan yang anda perlukan.
1) Email
2) Akaun Paypal
Boleh buka secara percuma di www.paypal.com

Langkah-langkahnya

1) Buka URL : http://tinyurl.com/3pv3fo



2) Masukkan nama, email, username & password yang anda mahu. Juga tuliskan semula kod yang dipaparkan.


3) Anda akan dibawa ke page “product offer”, scroll sampai ke bawah dan klik pada butang warna kelabu “NO continue to a member area”



4) Anda akan dibawa ke page “product offer” sekali lagi, scroll sampai ke bawah dan klik pada
butang warna kelabu “NO continue to a member area” sekali lagi.


5) Sekali lagi anda akan dibawa ke page “product offer”, scroll sampai ke bawah dan klik pada
butang warna kelabu “NO continue to a member area” sekali lagi.


6) Selesai mendaftar dan mendapat akaun keahlian. Satu email yang mengandungi username &
pasword akan dihantar ke email anda secara automatik. Simpan email ini.

7) Klik pada perkataan <<>>

8) Satu window baru akan dibuka, masukkan alamat email akaun paypal anda, dan klik butang
“Add Paypal Email Address”. Wang komisyen referral akan dibayar ke akaun paypal anda ini.

9) Promotekan URL affiliate anda kepada rakan-rakan, sama ada melalui email, blog, mahupun
signature di forum.


10) Atau, untuk cara lebih mudah, klik pada link <>,kemudian scroll ke bawah dan isikan satu borang yang disediakan. Borang ini akan menghantarkan email promosi kepada semua alamat email yang terdapat di dalam address book akaun email anda.


11) Anda akan menerima USD1 bagi setiap orang yang mendaftar dibawah anda, sama ada pada
level-1 ataupun level-2.

12) Anda boleh melihat jumlah komisyen yang terkumpul dari semasa ke semasa dengan me”login”semula ke akaun anda pada bila-bila masa. URL untuk login, username & password ada diberikan di dalam email. Jadi, simpan email tersebut.

SELAMAT BUAT DUIT DI INTERNET!

Tips Sampingan:

1) Untuk lebih berjaya membuat duit di internet, anda boleh ikuti program video tutorial yang
disediakan.
2) Jangan sesekali membuat SPAM (Menghantar email secara pukal kepada ramai orang yang tidak dikenali)
3) Untuk panduan membuka akaun paypal, anda boleh muatturun di www.malaysiapal.com
4) Tips2 lain mempromosikan link affiliate anda boleh baca di http://www.mohdsuhaimy.com/2006/07/29/bagaimana-mempromosikan-link-affialite/
5) Russel Brunson adalah seorang jutawan internet, beliau pernah menganjurkan program seperti ini sebelum ini, dan berita baiknya, beliau benar-benar membayar komisyen affiliate tersebut. Bukti bayaran bagi program anjuran beliau sebelum ini, anda boleh baca di
http://www.mohdsuhaimy.com/2007/11/07/orang-cakap-tak-caya/

Zero to $100 Million Challenge - satu cabaran?

Pernah dpt duit secara percuma?secara online?Dengar cam tak percaya.Tapi betul ke tipu je bende2 nie....


Nie email yang baru dpt dari mailing list Maskahwin.com

Jangan risau..ini bukan tipu! Ini real! Dan yang paling penting.. anda tidak perlu mengeluarkan satu sen pun untuk mendapatkan duit raya ini. Yer.. betul!! teruskan membaca..

Baru-baru ini, seorang multi-jutawan internet antarabangsa, Russell Brunson, baru sahaja melancarkan program "pay per lead" beliau yang terbaru.

Di dalam program "pay per lead" ini, Russel Brunson akan membayar anda sebanyak USD1 bagi setiap rakan yang anda berjaya ajak untuk mendaftar di dalam pertandingan "Zero to 100 Million" yang beliau anjurkan. Hanya daftar sahaja! Tak perlu sertai pun..



Petikan ini diambil dari MohdSuhaimy.com bertarikh 7 Nov 2007...

Bulan lepas (2-9 Oct 2007).. Russel Brunson ada memberikan report percumanya yang bertajuk IM-Myth. Sempena dengan penyebaran laporan tersebut, Russel juga turut menjalankan pemasaran viralnya dengan memberikan USD1 bagi sesiapa yang dapat memujuk orang lain mendownload report tersebut.

IM Myth Commision



Bagi mereka yang sudah biasa dengan dunia “internet marketing”.. perkara ini adalah normal dan “BETUL”, bukannya tipu-tipu macam pelaburan internet yang entahhapa-hapa dulu tu.

Sebelum ini, 2 orang internet marketer antarabangsa telah melakukan perkara yang sama. Iaitu Scott Bulch dengan laporan percumanya yang berjudul The Deatch of Google Adsense dan juga Mike Filsame dengan laporan percumanya yang berjudul The Death of IM.

Tetapi bagi orang-orang yang kurang mengikuti dunia IM, mereka anggap perkara ini hanyalah tipu belaka. Malah, siap ada yang mengatakan saya ini “penipu” kerana menyebarkan peluang buat duit yang mudah ini.

Tak mengapalah.. saya tidak salahkan mereka, mungkin kerana mereka kurang mahir dengan dunia “buat duit di internet” sekaligus menyebabkan mereka tidak dapat membezakan yang mana betul dan yang mana tidak.. ataupun mungkin mereka pernah mengalami mimpi buruk akibat penangan “pelaburan internet” dulu menyebabkan mereka serik dan menutup terus kepercayaan bahawa mereka sebenarnya “boleh buat duit di internet”.

Buktinya.. hari ini komisyen yang dijanjikan oleh Russel Brunson telah pun selamat clear ke akaun paypal saya..

IM Myth Paypal Payment

Ya!.. saya cuma sempat kumpul komisyen sebanyak USD303.50 sahaja.. rasa macam rugi pula tak promote habis-habisan perkara ini dulu. Tak mengapalah.. nampaknya bolehlah saya gunakan duit ini untuk menampung kos dedicated server WangCyber.com bagi bulan yang pertama…

(Duh!.. mana nak cari duit untuk bayar server bagi bulan depan pulak?..)

P/s:- Bagi mereka yang ingin mempelajari cara sebenar “buat duit di internet” dan menimba ilmu supaya dapat membezakan, peluang buat duit mana yang betul dan peluang buat duit mana yang salah di internet.. sertailah komuniti wangcyber.com

Insyallah banyak ilmu yang boleh anda perolehi dan gunakan untuk merebut peluang-peluang buat duit di internet disamping ia juga berguna untuk diri anda mengelakan diri daripada tertipu dengan peluang buat duit yang palsu di internet.

Wassalam.

So apa lagi?
Jom join.
click link kat bawah.

Assalamualaikum....
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat semua sahabat2....
Mohon Ampun Segala Kesilapan dan Ketelanjuran....
Halalkan Segala-galanya.....
Selamat Bergembira di hari bahagia....Berhati-hati di jalan raya.....ingt org yg tersayang.....

klik di sini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Kehebatan al-Quran

Kehebatan al-Quran

Oleh Idris Musa
idris@hmetro.com.my

FIRMAN Allah, maksudnya: “Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan perbezaan (antara yang benar dan yang salah)...” (al-Baqarah: 185)


Penurunan al-Quran atau masyhur disebut nuzul al-Quran pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad s.a.w peristiwa yang sangat besar dan tidak dilupakan generasi umat Islam.

Nuzul bererti penurunan atau perpindahan dari atas ke bawah (turun) manakala al-Quran bererti bacaan atau himpunan.

Ulama meletakkan takrif al-Quran sebagai kalam Allah yang diturunkan ke atas Nabi Muhammad s.a.w dengan perantaraan Jibril a.s serta menjadi ibadat dengan membacanya.

Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara membabitkan persoalan tauhid (ketuhanan), ibadat, jenayah, muamalat dan kemasyarakatan, sains teknologi dan banyak lagi.

Al-Quran suatu mukjizat terbesar kepada Nabi Muhammad s.a.w yang abadi hingga hingga hari kiamat dan ia kitab yang sangat sempurna diturunkan sebagai manual kehidupan manusia di dunia, dengan tiada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal darinya.

“Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam Kitab al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka.” (al-An’am: 38)

Istilah penurunan ini dipanggil sebagai nuzul al-Quran yang membawa maksud amat mendalam, kerana al-Quran diturunkan dari tempat yang tinggi dan mulia iaitu Luh Mahfuz, kemudian diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w secara berperingkat mengikut keadaan dan keperluan semasa.

Perantara bagi penurunan al-Quran kepada Nabi s.a.w ialah Jibril. Jangka masa penurunan itu selama 23 tahun, iaitu 13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah.

“Dan sesungguhnya al-Quran (yang di antara isinya kisah tersebut) diturunkan Allah Tuhan sekalian alam.

“Ia dibawa turun malaikat Jibril yang amanah. Ke dalam hatimu, supaya engkau (wahai Muhammad) menjadi seorang daripada pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia). (Ia diturunkan) dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata.” (asy-Syuarak:192-195)

Ayat al-Quran yang mula diturunkan Allah kepada baginda melalui perantaraan malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada surah al-‘Alaq.

Nabi s.a.w sentiasa dikunjungi Jibril pada Ramadan, seperti dijelaskan dalam hadis di bawah:

“Daripada Ibnu Abbas r.a katanya, Rasulullah s.a.w seorang yang sangat pemurah kepada orang lain, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan ketika baginda didatangi Jibril a.s. Jibril datang berjumpa baginda pada setiap malam lalu mengajar al-Quran kepada baginda. Sesungguhnya baginda bersifat pemurah dengan segera melakukan kebaikan umpama angin yang bertiup kencang.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Al-Quran sebenar-benar wahyu yang diturunkan Allah dan ia bukan suatu rekaan Nabi Muhammad s.a.w seperti didakwa musuh yang sentiasa mencemburui Islam dan umatnya dari dulu hingga kini.

Dakwaan itu nyata tidak benar sama sekali kerana gaya dan seni keindahan al-Quran tidak mampu direka atau ditandingi daya intelektual manusia.

Allah ada mencabar manusia, malah jin menandingi kehebatan al-Quran, sekiranya mereka mampu berbuat demikian, tetapi mereka tidak mampu.

“Katakanlah: Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka saling bantu-membantu.” (al-Isra:88)

Al-Quran bukan hanya sebuah kitab, tetapi menjadi petunjuk (hidayah) kepada manusia, memberikan rahmat, syifa (penyembuh kepada penyakit), nur (cahaya yang menerangi), furqan (pembeza di antara hak dan batil), az-zikr (memberi peringatan) dan memberi penjelasan bagi manusia.

Ia wajar dibaca dan ditatap lebih kerap, malah diperhalusi dan dikaji bagi mendapatkan sari pati kandungannya untuk manfaat seisi alam.

Pada Ramadan, umat Islam sangat digalakkan membaca al-Quran kerana ganjaran pahala yang berganda. Nabi s.a.w sendiri gemar membaca al-Quran pada Ramadan.

Daripada Aisyah r.a katanya: “Rasulullah (saw) memperbanyakkan amalan apabila sampai hari ke-10 terakhir daripada bulan Ramadan, baginda juga membangunkan isterinya agar beribadat (solat sunat, membaca al-Quran, berzikir dan lainnya). Baginda menjauhkan diri daripada bergaul serta bermesra dengan isterinya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kitab suci ini amat penting bagi memandu kehidupan manusia. Walaupun manusia dilengkapi akal dan pancaindera yang lima, tetapi manusia tidak dapat memikirkan kebenaran tauhid, perkara ghaib dan hakikat di luar daerah kemampuannya.

Imam al-Ghazali menegaskan, sesungguhnya akal itu tidak dapat memberi hukum ke atas sesuatu perkara melainkan perkara itu mempunyai dua sifat, masa dan tempat. Akal akan bertanya ‘bila’ dan ‘di mana’. Selagi dua soalan itu tidak terjawab, akal tidak mengakui kewujudannya.

Oleh itu, akal semata-mata dengan capaian yang cukup terbatas tidak dapat menerima kewujudan Allah, tidak mempercayai sifat Allah serta tidak mengakui qada dan qadar kerana akal itu terhad sifatnya dan kewujudan Allah itu tidak bersifat tempat dan masa.

Justeru, ada manusia mengambil jalan falsafah mencari tuhan, sehingga mencipta teori sendiri dalam soal ketuhanan, namun pegangan ini tidak sama antara satu sama lain.

Di sini sudah nampak manusia memerlukan satu petunjuk yang boleh menunjukkan jalan kepada manusia mengenai hakikat ketuhanan sebenarnya.

Petunjuk itu ialah agama Islam sebagai agama benar lagi lurus. Agama Kristian dan Yahudi tidak boleh menjadi petunjuk kepada manusia kerana kedua-duanya diselewengkan penganutnya.

Dalam persoalan ketuhanan, Islam yang unggul dan ajaran Islam datangnya dari al-Quran. Al-Quran yang memberi petunjuk kepada manusia untuk menunjuk jalan kebenaran.

“Kitab al-Quran ini, tiada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa.” (Ini sebagaimana ditegaskan pada ayat 2, surah al-Baqarah.


Petikan dari: http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/AdDin/20080912101531/Article/indexv_html

Setengah Ramadan atau Setengah Nak Raya?


Pejam celik pejam celik dah setengah bulan berpuasa.Sekejap je masa berlalu.14 hari lagi Ramadan dah mula melabuhkan tirainya.Persoalannya, berkualitikah Ramadan kita pada kali ini?Kadangkala kita mahu penuhkan mlm2 Ramadan dengan ibadat khusus yang telah disusun seeloknya.Namun bila ada perkara duniawi yang menjelma, adakah kita lebih memilih dunia?

Apakah Impian Hidup Anda?

Apakah impian hidup anda?

Posted: 09 Sep 2008 11:35 AM CDT


Pernahkah anda bertanya kepada diri anda, “Apakah yang sebenar-benarnya anda mahu di dalam kehidupan ini?”.

Seriously…

Cuba anda pejamkan mata anda sebentar, tarik nafas dalam-dalam.. dan kemudian, tanya diri anda di dalam hati.. “Apakah yang sebenar-benarnya anda mahu di dalam hidup ini?”.

Ok!.. cuba buat sekarang…

Ok.. pejam kan mata tu..

Pejamlah….

Pejam den kata.. yang ekau baca lagi nie buek apo? Den baling kang ngan kuih nie!!

ho! ho!..

..

..

..

Baiklah!.. Adakah anda dapat menjawapnya?

Mungkin jawapan anda… aku inginkan sebuah kehidupan yang bahagia! (eh?! memanglah!.. kan semua orang nak hidup bahagia?)..

Persoalannya…. adakah hidup anda tidak bahagia sekarang? Eh! Bahagia juga..

Abistu? Kenapa nak inginkan hidup bahagia lagi? Kan dah bahagia sekarang? Nak bahagia macam mana lagi?

Ho! ho! ho!…

Kebanyakkan orang mempunyai impian hidup yang kabur. Mereka sebenarnya, tidak pasti dengan apa yang mereka mahukan di dalam hidup ini. Mereka ingin hidup bahagia.. tetapi bagaimanakah rupa kebahagiaan itu?

Adakah dengan memiliki rumah yang besar?
Adakah dengan memiliki isteri yang cantik?
Adakah dengan memiliki suami yang penyanyang?
Adakah dengan memiliki anak-anak yang soleh dan solehah?
Adakah dengan memiliki wang berjuta-juta?

Bagaimanakah kebahagian hidup yang anda inginkan? Anda perlu gambarkan ia dengan jelas di dalam minda anda! Barulah anda boleh mencapainya suatu hari nanti.

Hidup ini adalah seperti suatu perjalanan, anda perlu tahu dengan lengkap alamat destinasi yang ingin anda tujui, barulah anda boleh menuju kepadanya dan tiba kepadanya. Jika tiada alamat dan destinasi, bagaimana anda ingin menuju kepadanya?

Setiap orang mempunyai matlamat, impian serta destinasi yang berbeza-beza. Apa yang penting, anda perlu tahu dengan jelas.. apakah impian hidup anda. Tanpa impian hidup yang jelas, anda hanya akan terapung-apung tanpa arah dan hanya mengikuti arus kehidupan, dan ianya, adalah suatu kehidupan yang sia-sia.

Sekali lagi.. tarik nafas dalam-dalam dan fikirkan dengan teliti.. “Apakah yang anda mahu di dalam kehidupan ini?”.

Seriously, soalan ini nampak seperti mudah.. tetapi ia sebenarnya bukanlah semudah yang disangka, ia memerlukan pemikiran yang amat mendalam dan hati yang ikhlas kepada diri anda sendiri untuk menjawapnya…

Tak perlu menulis jawapan anda disini.. jawap sahaja di dalam hati anda dengan ikhlas.. usah menipu diri anda sendiri tentang apa yang anda mahukan sebenar-benarnya di dalam hidup ini. Jawaplah dengan ikhlas… insyallah , ianya akan membawa satu semangat baru di dalam hidup anda.

Wassalam.

P/s:- Bagi yang mahu nampak soleh & solehah, mungkin mereka akan menjawap, “Saya hanya mahukan ganjaran syurga Allah di akhirat kelak!”. Ya! itu sudah semestinya! Ianya adalah impian hidup setiap orang islam, tetapi.. mengapa perlu hadkan impian hidup kita kepada 1 impian sahaja?


Petikan dari:http://www.mohdsuhaimy.com/2008/09/09/apakah-impian-hidup-anda/